Saturday, March 24, 2007

semalam, hari ini dan esok...


Semalam..aku terkapai kapai mencari sebutir permata yang hilang ntah kemana..
hari ini..aku teruskan pencarian..permata itu masih tersembunyi..ntah bila akan kutemui..
Esok..mungkinkah akan kutemui permata itu??
Adakah ia mutiara hati yang dicari..Hanya Engkau Ya Allah yang Maha Mengetahui..

Ada yang menulis kerana kecewa..bingkisan mereka itu halus..tetapi tulisan mereka penuh dengan kedukaan..
Ada yang menulis kerana dendam..bingkisan mereka itu juga halus..tetapi tulisan mereka penuh dengan kebencian..
Tulislah kerana Islam..insyaAllah bingkisan itu halus dan penuh dengan makna..

Friday, March 23, 2007

Artikel pertama

Imam Hassan Al Banna pernah berpesan “Kita tidak akan di tanya kenapa kita tidak berjaya tetapi hakikatnya kita akan ditanya kenapa kita tidak berusaha.”Berdasarkan pesanan Imam Hassan Al Banna ingin saya mengajak masyarakat khususnya pembaca majalah i merujuk kembali kepada surat surat pilihan keluaran bulan September 2005. Membangunkan umat dan Negara,islam hadhari pemangkin integrasi nasional serta perang saraf serta impaknya pada umat islam.
Tanpa kita sedar sebenarnya ketiga tiga tajuk itu menjurus kepada satu arah tuju yang sama.Bagaimana kita Malaysia dapat membangunkan umat dan Negara?Bagaimana dengan perang saraf dan impaknya? Bagaimana kita dapat membuktikan Islam Hadhari boleh memangkinkan integrasi nasional?Sebenarnya semuanya berbalik pada pesanan Imam Hassan Al Banna itu tadi. Selagi masyarakat Islam masih ada yang teraniaya, selagi masih ada,remaja islam yang derhaka kepada ibu bapa, selagi masih ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan, selagi ada penzinaan,selagi masih ramai yang sombong dengan harta dunia, selagi masih ramai yang tidak takut pada Allah maka semua yang diperbincangkan sebenarnya tidak kelihatan keberhasilannya.
Untuk meleraikan segala masalah masalah sebegini sebenarnya ia berbalik kepada satu punca asal yang harus di beri perhatian iaitu remaja atau anak anak islam.Bermula dari bawahlah kita semua harus mencari bagaimana untuk kita hasilkan generasi anak anak islam yang boleh dan mahu meneladani tokoh tokoh kesarjanaan islam dahulu,yang sentiasa berfikir dan melakukan perkara perkara yang boleh menaikkan martabat islam.Ini sebenarnya berkait rapat dengan perang saraf yang diperkatakan dimana remaja islam kita disogok dengan hiburan tanpa henti,dan menybabkan kita sendiri leka dalam memupuk nilai nilai yang sepatutnya ada dalam diri masyarakat islam.
Kesedaran sebeginilah yang boleh mempengaruhi tajdid addin iaitu pembaharuan sikap kita dalam proses cuba melahirkan generasi rabbaniy yang sentiasa peka dengan ilmu yang bermanfaat dan tidak jumud terhadap hiburan semata mata.Sebenarnya membangunkan umat dan negara adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan tetapi jika dan hanya jika kita, generasi sekarang, sedar betapa perlunya kita dalam mencorak pemikiran generasi mendatang kearah menghasilkan saintis islam, dan tokoh sarjana islam yang boleh menandingi ilmuwan barat.
Dimana kurangnya kita sebenarnya?Kita diberi otak yang sama dan tubuh yang sama seperti orang kafir dan kita mendapat rahmat dan kasih sayang-Nya.Beza yang sebenarnya ialah bahu bahu yang ada tidak sanggup memikul beban dan cintakan keseronokkan.Mengikut kajian hanya 4% sahaja daripada otak yang digunakan oleh cerdik pandai dan ini bermaksud kita juga boleh berada ditahap yang sama.Persoalannya kenapa terpampang di dada tabloid orang bukan islam boleh bertemu dengan “rawatan air menggunakan bakteria jamin kualiti air” Kenapa tidak kita umat islam sendiri yang mengkaji?Marilah kita bersama memupuk kembali semangat seperti semangat Imam Hassan Al Banna dan tokoh sarjana islam yang lain dalam membangunkan sahsiah dan ilmu dalam diri kita supaya dapat membuka mata dunia barat yang kita bukanlah selemah yang disangka cuma kita masih belum menunjukkan siapa kita yang sebenar.
Kesimpulannya ingin saya ambil petikan kata kata dari uztaz Wan Akashah penceramah terkemuka,khas buat anak anak islam: “Wahai anak,kalau ingin menjadi batu jadilah batu permata yang memancarkan kilauannya di mata insan, jangan jadi seperti batu di jalanan dipijak dan disepak orang,wahai anak,kalau ingin menjadi kayu jadilah seperti kayu jati yang teguh,keras dan susah untuk dipatahkan serta sangat berguna kepada manusia,janganlah jadi seperti ranting kayu di tanah,terpijak dek orang,retak seribu tidak dipandang.”Buat remaja islam ayuh,kita sahut cabaran dunia hari ini,kita jadikan islam hadhari pemangkin integrasi nasional yang dapat membangunkan umat dan negara serta ayuh,kita keluar dari perang saraf yang sedia ada disekeliling kita.

Resah yang X pernah sudah


Ingatlah,
Hidup ini umpama bahtera dilautan
Cekal,tabah serta keimanan adalah
kemudinya yang paling kukuh
andainya kita gagah dan bijak mendayung
menempuhi samudera raya,kita akan pasti
sampai ke pulau bahagia….
USM,seindah namanya. Disinilah aku dan sahabat seperjuanganku mengejar dan mengutip mutiara mutiara yang meluncur laju daripada lisan orang yang berilmu. Disinilah juga aku ketemu dengan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup, pengalaman mencari, menambah pencarian, dan memberi apa yang termampu. Bumi permai yang dilimpahi barakah dan rahmat bagi yang sanggup mengutip cebisan ilmu yang melata. Begitulah hidup aku yang turut cuba mengutip apa saja yang bermanfaat untuk aku gunakan dalam hidup. Aku cuba menjadikan diri ini sebaik mungkin untuk menjadi contoh pada orang lain. Sehinggakan kekadang terlupa setiap apa yang kita perkatakan akan diuji balik pada diri sendiri.
“There are 3 kind of people.. the one who sat in the chair of life looking and doing nothing (and becoming nothing), the second person who changes with time and by all the factor of change, and the last person is the one who create the changes.” Pepatah inggeris ini tak akan aku lupakan kerana ianya membawa seribu makna dalam hidup. Seingat aku, yang menyampaikan pepatah ini padaku adalah seorang sahabat yang ku kenal seusia 6 tahun lagi.
“Hang jangan lupa asfa kata-kata ni..Aku tau hang suka dengan kerja-kerja umat ni yang hang cuba bagitau kat orang lain supaya jangan pisahkan agama dengan dunia dan kata-kata ni sesuai untuk hang. Aku akan sokong hang selagi aku hidup. Sepanjang hang ada kat USM tuh, gunala masa hang untuk mencetuskan benda yang baik.”
Kata-kata kawan baik yang selalu menyokong apa saja yang aku lakukan, masihku ingat.
“Baik tuan..hehe..baikla Zuhair. Aku takkan lupa ucapan hang untuk aku nih.”
Aku memulakan perjuanganku disini sejak semester pertama lagi, membicarakan kemelut masyarakat tanpa mengabaikan pelajaran. Sebagai seorang daie juga sebagai mahasiswi, kepenatan sentiasa menjengah, namun Zuhair tak pernah putus-putus memberi sokongan untukku meneruskan perjuangan. “Sesungguhnya apapun yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya”. Inilah kata-kata hikmah yang Allah janjikan pada kita, meskipun kita berusaha untuk mengelak, dan bermulalah ujian demi ujian yang tidak aku sedari. Selesai semester pertama aku pulang ke rumah bercuti 3 bulan. Kesunyian memenuhi relung jiwa, kosong, sepi, bila mana sahabat tiada di sisi di tambah pula saat ulang tahun kelahiran makin menghampiri.
********
Ong..ong..!!gedekgedek..
Suara katak menjerit-jerit minta dilayan..
“Wei asfa,aku terlupala semalam besdey hang kan?” Zuhair rupanya. Lalu terus ku balas.
“Salam. Belajaq2la bagi salam Zuhair. Tau xpa..Apa punya kwn..blanja aku cepat kalau x aku report kat mak aku ,nnti hang xleh mai rumah aku dah.”
“Wokey..aku blanja hang sok malam no..lps isya’ kat kedai makan depan rumah hang k Asfa”
“Ok.Set” ****
“Oh tidak!. Apa yang sedang aku lakukan??! Walaupun depan rumah...Mm,takpala..dia kan kawan baik aku dari tadika, apa salahnya..” suara hatiku berdetik. Malam yang dijanjikan pun tiba, aku berceloteh panjang menceritakan kisah sepanjang satu semester pada Zuhair, bermula dengan cabaran dan dugaan untuk aku menjadi seorang siswi yang berkualiti. Zuhair tetap Zuhair, tak pernah berubah. Walaupun dia menyokong, dia tidak pernah berminat untuk terlibat dengan semua itu. Aku terleka kerana begitu banyak yang inginku ceritakan. Pada masa yang sama aku dapat merasakan ada satu kelainan pada wajah Zuhair, seperti ada sesuatu yang tersekat dikerongkongnya. Hampir jam 11 malam Zuhair menghantarku pulang dengan keretanya walaupun jarak kedai hanya 20 meter dari rumahku. Pada malam itu juga, sedang aku mengemas bahan bacaanku yang berselerak di atas katil, katakku memanggil lagi. “Ong..ong..gedekgedek!!” Terus aku meluru mendapatkan hensetku.
“Asfa,aku xleh bayang hidup aku kalau hang xdak.Spjg 1 sem aku kat sana aku asyik nk blk Penang,nk jumpa hang,sbb tu weekend ja aku balik n p umah hang.Aku nk bagitau sbnrnya,aku sayang sangat kat hang.Aku perlukan hang dlm idup aku.Aku nak hang jadi suri idup aku.Aku x perlukan org lain,tapi aku tau aku x layak untuk hang..”
“Oh, Tidak!!Kawan baik aku melamar aku!!”
Apa yang patut aku buat? Masih terlalu awal untukku menerima semua ni, tapi mungkin ini takdir untuk aku berkahwin seawal ini. Aku berdiam diri seminggu lamanya dari Zuhair dan aku berharap istikharahku membantu. Lalu, permintaan Zuhair ku terima dengan syarat, ada ikatan perkahwinan secepat mungkin. Tapi aku terlupa, pemikiran Zuhair berlainan dariku. Pemikiran seorang remaja yang masih inginkan keseronokan. Dia minta ditangguhkan perkahwinan sehingga tamat belajar. Aku berfikir dan berfikir, terlalu sukar untukku membuat keputusan. Lalu ku akur dengan suratan setelah mempertimbangkan keadaan kami yang masih setahun jagung untuk membina sebuah perkahwinan. Dia terus dengan caranya, datang kerumah dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya.
*******
Teringat kata-kata Pak Mohd Natsir, Perdana Menteri Indonesia , “pemimpin itu tidak lahir dalam bilik-bilik kuliah namun lahir daripada kemelut permasalahan masyarakat.” Semester kedua mula menampakan wajah, dan langkah ini ku atur dengan semangat yang makin membara di tambah pula sokongan padu Zuhair yang tak pernah putus, bagai air mengalir. Meeting, usrah, discussion sudah menjadi agenda utama dalam jadual harianku. Kesibukan dan kepenatan menjadi teman setiap hari. Projek demi projek ku atur, dengan harapan usaha ini dapat mewujudkan pembaharuan dalam masyarakat yang semakin kecundang akhlaknya. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan, aku teruskan perjuangan walaupun seringkali ku terjatuh, aku bangun semula, dan begitulah hari demi hari yang aku lalui. Kesibukanku ini menjauhkan jarak antaraku dan Zuhair, sehingga aku tiada masa melayan Zuhair yang sentiasa menanti kata-kata manis dariku. Yang pasti, tak mungkin ku ungkapkan kata-kata itu selagi tiada ikatan yang sah. Aku tak pernah menyangka apa yang aku lakukan begitu terkesan pada Zuhair. Sehingga tiba suatu ketika di semester akhirku, aku terima mesej ringkas dari Zuhair yang sungguh mencarik hati tatkala namanya sudah menginap begitu lama di ruang hati ini walaupun aku tidak pernah mempamerkannya.
“Asfa, Zuhair rasa kt mmg dtakdirkn utk mjadi kwn bkn utk mjadi suami isteri. Mulai hr ni Zuhair nk tamatkn hubgn kt. Zuhair dah xtahan, zuhair rsa diabaikan. Asfa hanya dgn kerja2 umat yang xkan pernah selesai, dan Asfa abaikan Zuhair yang sentiasa dblkg Asfa. Cukuplah setakatni. Semoga Asfa bahagia dalam hidup.”
Bagai dipanah petir..Jantung terhenti seketika. Adakah aku bermimpi? Kenapa ini terjadi? Bagaimana harusku khabarkan pada ayahbonda yang aku dan zuhair sudah tidak ada tali yang mengikat? ‘Aku putus tunang’. Bagaimana? Aku pohon penjelasan dari Zuhair, dan aku juga menjelaskan dari segi hukumya kenapa aku melayannya seperti tiada apa-apa antara kami. Tapi sia-sia, semuanya hancur dan aku terima yang Zuhair memang punya pemikiran yang berbeza denganku. Dia ingin seperti orang kebiasaan bercinta sebelum kahwin dan aku lain..sungguh lain!..Sungguh!!..Walaupun zuhair masih ingin bersahabat denganku, aku takkan terima. Aku rasa tertipu. Dimana prinsipnya yang dulu menyokong kerja-kerja umat yang aku lakukan dan kenapa itu dijadikan alasan. Lalu aku sampaikan ayat terakhir dalam ‘sms’ku untuk Zuhair.
“Zuhair..hidup ni mmg untuk Allah, bjalan utk Allah, tapi tiba2 tempang, bila fitrahnya seolah2 kaki kanan t’cabut, kerja2 untuk Allah tetap dibuat, tp dgn rasa lelah, hingga t’paksa diapit oleh org yg punya tugas yang sama beratnya, lalu aku ditinggalkan krn org lain terpaksa m’gejar tugas masing2 yg t’cicir dn aku terus semput. Namun aku sedar ssuatu, aku prlukn pemuda yang boleh m’goncang dunia dgn pemikirannya bkn pemuda yang hanya hidup utk kepentingan diri dan aku, blm mahu mati krn cinta manusia. Terima kasih krn mjadi sahabat dn teman selama 13 thn lamanya dan mjadi tunang aku selama 2 tahun. Cukuplah..tidak ada lagi istilah sahabat antara kita, krn bg aku sahabat adlh org yg mmikirkan kpentingan org lain bkn kepentingan diri sendiri. Jaga dirimu.Assalamualaikum.”
Dan aku teruskan sisa perjuangan yang belum selesai sebagai mahasiswa dan seorang muslim walaupun masih ada nanah kesan luka yang hampir tersembur.Aku pegang sehingga hari ini, kata-kata Syed Qutb, “Andai kita hidup hanya untuk kita,hidup ini amat singkat. Bermula dari lahirnya kita sehingga berakhirnya umur kita. Namun, andai kita hidup untuk orang lain dan berjuang, hidup ini amatlah panjang, bermula dari lahirnya manusia pertama sehingga luputnya manusia terakhir di bumi ini”. Hidup ini hanya pentas lakonan dan akanku cuba melakonkan watak dengan cahaya cinta untuk manusia lain kerana aku perlukan segala kunci untuk sampai ke syurga, dan aku inginkan kunci itu untuk membuka pintu syurga..Supaya aku puas..
‘Hai jiwa yang tenang Kembalilah kamu kepada tuhan mu
Dengan hati puas lagi diredhai Maka masuklah kedalam golongan hamba hambaku
Maka masuklah ke dalam syurgaKu.’Al-fajr:27-30



Nasnusaibah
nas@copywrite
beba_yaaz@yahoo.com
bersamadihati@blogspot.com