Thursday, October 29, 2009

Tertinggal..

huhu..tertinggal sikit lagi..semalam terdengar satu carita dari seorang kawan, hati terganggu sedikit,tapi citanya cita lawak je pun..cumanya,bila dengar ustaz indon yang diceritakan tadi,tersentak..ustaz tu sebut manusia ni memang suka lupa..tapi kita kena saling mengingatkan..

bila sesuatu terjadi, Walau apa pun yang jadi,cepat-cepat bungkus dan hantar terus pada Allah biar utuh ketenangan yang datang..kebanyakan kita bila terjadi sesuatu lambat dibungkus dan dihantar pada Allah..kononnya nak diselesaikan sendiri..

Biarlah hati zikir(bungkus dan hantar pada Allah)
otak pula berfikir(cara menyelesaikan masalah/ solusi)
dan tubuh pula ikhtiar..

yakinlah dengan janji Allah....oh Naseebah..

Tajuk; Indahnya Iman...

Rasanya itula tajuknya..Semalam,diriku ini telah menonton oasis pada jam 6 petang tatkala membaca kes-kes harta sepencarian yang ada di dalam jurnal hukum.. rancangan yang selalu jemput ustaz dari indon tu..selayang pandang rancangan tu membosankan..hehehe..tapi,semalam isinya agak menepati keadaan emosi diriku ini..
Ustaz ni cakap tentang bagaimana kita ni sebagai manusia sepatutnya menggunakan anugerah mulut ni dengan cara yang paling baik.Ialahkan, kebanyakan dari kita semua seolah-olah tidak menggunakan bahasa dengan baik,isi percakapan pun selalunya ada sahaja yang pada hakikatnya tidak diperlukan.Ini isi yang ustaz tu sebut secara ringkas.
Isi yang harus kita keluarkan biarlah (BMT)
1. Benar
2. Manfaat
3. Tidak menyakitkan hati orang lain
Cara kita menyampaikan isi percakapan pula(TESOFALES)
1. Tenang
2. Sopan
3. Fasih
4. Lembut
5. Secukupnya
Apa yang cuba disampaikan ialah,sebagai manusia kita seharusnya menjaga segala yang ada pada kita samada hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia,dan juga hubungan dengan alam. Sebagai manusia kita tak pernah lari dari kesilapan dalam berkata-kata dan kadang- kadang kita turut terlepas marah atau dendam dengan manusia lain. Maka, firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 11)

“Dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasiq, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasiq (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah!) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiqnya) maka merekalah orang-orang yang zalim.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 11)

- Membocorkan rahsia:
Mendedahkan rahsia orang adalah di antara perkara-perkara yang dilarang, kerana perbuatan itu akan menyakiti hati orang lain dan tidak mengendahkan tentang kepentingan orang itu.
Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya :

“Apabila seseorang telah memberitahu sesuatu perkara, lalu dia pergi, maka itu adalah suatu amanat (tidak boleh disebarkan).” (Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Oleh itu, membocorkan rahsia orang dikira tidak amanah. Ini adalah suatu pengkhianatan, dan mengkhianati orang lain adalah haram hukumnya, jika ianya boleh mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang itu. Kalau pun tidak mendatangkan bahaya atau mudarat, maka itu samalah seperti kita menghinanya.

- Mengumpat:
Mengumpat adalah di antara seburuk-buruk kejahatan. Yang dimaksudkan dengan mengumpat ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disukainya, sama ada pada badannya, agamanya, dunianya, bentuk kejadiannya, perangainya, hartanya, anaknya, orang tuanya, suami/isterinya, pembantu rumahtangganya, serbannya, pakaiannya, gaya berjalannya, gerakannya dan sebagainya yang bersangkut paut dengan dirinya. Tidak kira sama ada menyebut-nyebut itu dengan percakapan, tulisan ataupun dengan isyarat melalui mata, tangan, kepala atau sebagainya.

Hukum mengumpat itu adalah haram menurut ijma‘ seluruh umat Islam. Dalilnya adalah jelas tersebut di dalam Al-Qur’an, Sunnah dan ijma‘. Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan janganlah setengah kamu mengumpat akan setengah yang lain. Sukakah seseorang dari kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi amat Mengasihani.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

Allah Subhanahu wa Ta'ala mengumpamakan orang yang mengumpat saudaranya sendiri seperti memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai. Setiap manusia sudah tentu tidak mahu makan daging manusia. Apatah lagi daging saudaranya sendiri, dan daging itu pula sudah menjadi bangkai. Ini menunjukkan betapa buruk dan kejinya perbuatan mengumpat itu di sisi Allah Ta‘ala.

- Mengadu domba (menyebarkan fitnah hasutan):
Mengadu domba atau di dalam bahasa Arabnya disebut sebagai an-namimah ialah memindahkan ucapan dari seorang ke seorang dengan maksud untuk merosakkannya.
Menurut Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta ‘ala, pada kebiasaannya an-namimah adalah diistilahkan bagi perbuatan orang yang menceritakan percakapan orang lain kepada orang yang diceritakan mengenainya, umpamanya dia berkata: “Si anu mengatakan tentang kamu begitu begini”. Sebenarnya an-namimah itu tidak terhad kepada yang demikian itu, bahkan ianya lebih umum, iaitu mendedahkan segala perkara yang tidak patut disebarkan, sama ada ianya tidak disukai oleh orang yang diceritakan mengenainya, ataupun tidak disukai oleh orang yang diceritakan kepadanya, ataupun tidak disukai oleh orang ketiga. Tidak kira sama ada cara mendedahkan itu dengan percakapan, tulisan, isyarat, gerak-geri atau seumpamanya, dan sama ada yang didedahkan itu berupa percakapan ataupun perbuatan, dan sama ada ia sememangnya suatu keaiban ataupun bukan.
Jelasnya, hakikat an-namimah (mengadu domba) itu ialah, membocorkan rahsia orang lain dan melanggar kehormatannya dengan mendedahkan rahsia yang dia tidak ingin orang lain mengetahuinya. Hukumnya adalah haram. Ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang bersumber daripada Al-Qur’an, Sunnah dan ijma‘. Firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecahbelahkan orang ramai).”(Surah Al-Qalam, ayat 11)

Diriwayatkan daripada Hudzaifah Radhiallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba.” (Hadits riwayat Muslim)

Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang maksudnya:
“Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam (suatu hari) melintasi dua buah kubur, lalu bersabda: “Sesungguhnya kedua-dua mereka sedang diseksa, kedua-dua mereka tidak diseksa kerana dosa besar (menurut anggapan mereka).” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Bahkan (itu adalah dosa besar), adapun salah seorang daripada mereka ialah orang yang suka ke sana ke mari mengadu domba dan yang seorang lagi ialah orang yang tidak bersuci daripada air kencingnya.” (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah yang perlu dilakukan jika seseorang disampaikan kepadanya cerita yang berbau fitnah hasutan?

Al-Imam Al-Ghazali menegaskan, setiap orang yang diceritakan kepadanya tentang sesuatu dengan maksud menyebar fitnah hasutan, umpamanya diceritakan kepadanya: “Si anu mengatakan kamu begini begini”, maka hendaklah dia mengambil enam tindakan di bawah ini:

1) Tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan kepadanya, kerana pengadu domba itu adalah orang fasiq, dan orang fasiq itu berita yang dibawanya tidak dapat dipercayai.
2) Melarang perbuatannya itu serta memberinya nasihat dan menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah tidak baik.

3) Membencinya kerana Allah, sebab Allah Ta‘ala amat membenci pengadu domba, dan membenci kerana Allah ketika itu adalah suatu kewajipan.

4) Jangan sekali-kali berperasangka buruk tentang apa yang disampaikan itu, kerana Allah Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

5) Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya, sebab Allah Ta‘ala berfirman yang tafsirnya:

“Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”(Surah Al-Hujuraat, ayat 12)

6) Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada Umar Abdul bin Aziz Radhiallahu ‘anhu, dia menceritakan sesuatu tentang seorang lelaki lain, lalu Umar Abdul Aziz berkata:

“Jika kamu mahu diperiksa, kami akan memeriksa ceritamu itu. Jika ternyata kamu berdusta, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini:
Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya.” (Surah Al-Hujuraat, ayat 6)

Jika kamu benar dalam menyampaikan cerita ini, kamu termasuk salah seorang dari mereka yang disebutkan dalam ayat ini:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecahbelahkan orang ramai).”(Surah Al-Qalam, ayat 11)

Jika kamu mahu minta maaf, kami sedia memaafkan kamu.”

Lelaki itu pun berkata:

“Wahai Amirul Mukminin! Aku tidak akan mengulangi perbuatanku ini selama-lamanya.”

Friday, October 23, 2009

Ape Kaitan...taktahu...

Semalam meeting ngan wahid kat rumah beliau..meeting utk slideshow je pun..sama2 cari idea utk memprofesionalkan slideshow yang die wat tuh..tgh cari title yang best utk slide show tuh..tibe2 wana keluar dr dapur sambil menyanyi... "Aku yang kehilangan, dalam diri sendiri, terkurung dalam bayanganmu..."....Jeng3x... aku tertarik.. jadi aku pilih tajuk slide show... "Kita yang Kehilangan"... Muahahaha... ape yang aku na cita sebenarnya ialah..aku pun terus nyanyi lagu tu..ish3x..pengaruh wana si penjual kerepek ni...kuat tul..ni lirik lagu tuh..

Segalanya Kuterima
Artist: Ilusi


Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu

Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu

Akan tersingkapkah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meskipun ada pengganti
Seiras wajah

Selamat meneruskan slide show tuh ye wahid..nanti akak edit utk finishing..hehehe.. apekaitan..slideshow Raudhah n lagu ni???ntah..Takdak kaitan pown..huhuhu..

Saturday, October 17, 2009

finish..kholass..abis sudah..wa tammat kalimaturob bika fahaddis..

hehehe...dah habis program diploma pendidikan..skang time to work...nak p interbiu doc.H...muahahha...penat gila semalam dan 2 hari sebelum semalam...packing barang.. pastu p sekolh kej x sip wlopun hri lst..pper bio x sip2 sampai sudh..terpks cikgu bio tu smbung...sin dia...mnx maafla..huhuhu..blik sekolah sambung pack ape yg ptut.. pastu bawak mak n aabah p selinsing rumah maklong..bior maklong n paklong puas hati dpt tgk anak angkat kesayangan die nih mai..selepas menanti berbulan2..huhu..pastu balik sampai umah kul 6 lebih..bok masuk barang dlm rumah..pastu kul 8 mlm kena p ajar anak Dr.K plak..huhu..balik umah semlm terus lena x sedar diri.. sib baik dgr azan subuh...muahaha...jadi..selamat tinggal semuanya di kuala Kurau...huhuhuhuhuhuhuhuhu.. selamat tinggalkah???????atau daku akan kembali ke sana?????huhu...mungkinkah?? ini gambar housemet i...cik enzuzen and puan quraishah...babai korang..live ur life hepiliiii...huhuhu..ol d best..



Wednesday, October 7, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah..Bersama makcik En..hehe

hehe..mentang2 aku,enz minah sarawak and k.ecah the taiping mem dh nak abihkan sesi LM..jadi kami mengambil kesempatan untuk tidak masak malam ni..hehe..konon nk p cucuk duit..n p isi minyak..tgh dok cucuk duit tuh..tiba2 aku terbau sumting..sumting yang berbau..bau mmmm...akupun pusingla..nak cek..mmm..cikencop..sedapnya.....adeke patut tempat masak tu sebelahja ngan atm tuh..ish..itulah strategi perniagaan..aku pun yang tertarik dgn bau tuh..p kat keta ckp kat en..enzuzan anak pakcik nyelang..jom kita kunyah ape yang ade..huhuhu..jd kami pun serang..on d way balik terdengar satu lagu..siap bet lagi sapa betul bg tajuk lagu..tgk2 aku yg salah..terpaksa bg singgit kat en..cess..dicium2 nya duit tuh..ish2x..si en nila....sian die x penah dpt duit singgit dr aku..ngeh3x.. ni lagu dolu2..layanzzzz...

tajuk lagu tu ialah : Memori sekuntum rindu..

Di kala sepi ini
Hatiku terluka lagi
Engkau telah mendustai
Sebuah janji
(Sebuah janji 3X)

oh...sayang

Oh tak pernah ku menduga
Engkau curang dalam cinta
Budimu yang seindah dulu
Hiasan cuma

( korus )
Mengapa aku
Dipersalahkan
Mengapa tidak oh dirimu
Kekasihku... oh... oh...

Dulu bercinta berjanji sumpah setia
Mengapa kini kau dustai

Dulu rindu serindu-rindunya
Kini benci sebencinya
Mahu semahu-mahunya
Malu aku tak malu

xpe..menangla kat makcik en tuh..menangla..camtula kawan...hehehehe

Tuesday, October 6, 2009

Agar Bidadari Cemburu Padamu..

wahh..sedapnya bunyi ayat tukan..ade ka bidadari nak cemburu kat kita ni.."wanita di dunia??" ape sangatlah kelebihan wanita dunia ni ada kan?? Kebetulan k.mariani bg pinjam enam buah buku kat i utk seminggu nih..i nak sebut la..tentang salah satu buku yang tajuknya Agar bidadari cemburu padamu..bru selak2 beberapa page..dan tertarik dgn sesuatu..hehehe..

Logikkah bidadari cemburu pada wanita dunia?? dalam buku ni Salim A.Fillah ade tulis.. LOGIK ja..sebabnya Rasulullah telah menggambarkan keunggulan wanita dunia berbanding dgn bidadari yang tidak terlihat..

"""Aku bertanya,"Ya Rasulullah,manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?" Beliau menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari seperti kelebihan apa yang nampak dari apa yang tidak terlihat."

Aku bertanya, "Mengapa wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari?" Beliau menjawab, "Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuningan, sanggulnya mutiara, dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, "Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali. Kami ridha dan tak pernah bersungut-sungut sama sekali.Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya." (HR Athabrani,dari Ummu Salamah)""""

Haaa...hmm..huhuhu...apo nak dikato...selayaknya kita bersyukur atas ni'mat hidup yang diberikan Allah sebagai seorang wanita..terbaca satu ayat dlm buku ni dimana kawan2 kepada si A menggelar si A SI PENUMPAH AIRMATA ataupun RIFQAN BIL QAWARIIR.. hehehe..macam akuja..ape2 jd..ckit2..nangis..cry babyla katakan..tapi tak nangis depan orang..i nangis dalam sicomel biru..viva kekasih hatiku itu..hehe..

Kesimpulannya, bg org yang bersyukur dgn Allah..dia seharusnya merasakan Allah sayang padanya.. dan janganlah kita tenggelam dengan ni'mat yang diberi, tanpa pelita penerang, tanpa sinaran cahaya yang membuatkan kita bisa menatap lekat keindahan, keunikan, keajaiban dan pesona hidup. Bahkan tanpa alat pernafasan yang membuat kita termengah-mengah mengutuk air terminum yang rasanya pahit-pahit masin..

""Dialah yang menurunkan kepada hambaNya ayat-ayat yang terang, agar Dia mengeluarkan kalian dari kegelapan menuju cahaya. Dan sesungguhnya, Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadap kalian." (Al Hadid 9)""

Wahia Rabbku, tiadalah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia...Kerana Engkau Sayang Padaku..Ali imran 191..

Saturday, October 3, 2009

Cita-citaku menjadi suri rumah yang Berjaya

Assalamualaikum..tajuk ni dh lama sy nak ulas,terjumpa plak..ade orang dah ulas.. tp sekarang rs ade semangat utk menulis tajuk ni…sbb tgk org lain dah tulis dulu..argghh..ini tidak adil..huhuhu..

Sebenarnya..isu ni agak sensitive bg kaum hawa..tambah2 lg yang belajar tinggi…pandai..ade kelulusan.. bila dah habiskan banyak duit utk belajar, rs rugi xkeja..
Petikan kat bawah ni dicopy dr blog seseorang.

hehehehe

""Suatu hari, sy terjumpa kawan lama semasa belajar dulu…byk yg kami bualkan..tp sy tertarik dgn kenyataan kwn sy ni..sbb dia amik medic kat luar negara..dan masih dlm pengajian. Tentang cita-cita..

Aku : Wah..best la..lepas ni bleh jd doctor…tercapai gak cita2 awk..hehe

Kawan : Biase je…susah la nak capai cita-cita.. sy ade cita-cita yg xmungkin tercapai..huhu

Aku : Ye ke? Doctor tu bukan cita-cita awk ke?

Kawan : hmm..cita-cita gak..tp sy ade satu lg cita2..tp mcm xmungkin tercapai je..

Aku : ape dia?

Kawan : Menjadi suri rumah. Dah belajar sampai tahap ni…mcm xmungkin blh jd suri rumah lepas ni..huhu

Aku : Amazing!

Yup..amazing..amazing…and interesting person.. Sy xpernah terfikir spt dia..ya, mgkin tahap IQ sy dgn dia pn jauh beza.. dia dulu, best student dan skor semua A dlm SPM dan Matrik..sekolah asrama penuh plak tu..malah, bakal menjd seorg doctor lulusan luar Negara. tp, kenapakah dia ada cita2 menjd suri rumah?

Kenapa..kenapa..dan kenapa? Soalan itu menyebabkn sy mencari jwpn..dan sy telahpun temui jwpnnya skrg (sbb skrg ni dpt training jd suri rumah sepenuh masa..haha) ~ ye la..sy dulu keje belajar je.. satu habuk pon xtau nk wat keje umah.. balik umah..asal mak suh je buat.. kalo xde arahan blur je..xtaw nk buat ape..adik2 pun jrg layan..nk pegang budak / baby pon xreti..mcm xde perasaan je..hehe

Pastu, abis je belajar dpt arahan dr ayah suh jd suri rumah sepenuh masa + ngasuh baby (sepupu) ~2org budak nakal yg sgt lincah dan petah berbicara..hihi. Mula2, bila dpt arahan cmtu..terus bangkang..ye la..xsedar diri lg..lgpun tgh brsemangat nk cari keje..Pastu bila dah masuk sebulan dok umah..baru rs sesuatu yg kurang pd diri ni.. ~aku xreti jd suri rumah!

Bermulalah episode sebuah perjuangan menuntut ilmu suri rumah tangga..jeng..jeng..jeng…

Tapi, keje tetap keje..~keje pun lebih kurang suri rumah gak..mengajar, mendidik, mengasuh.. Alhamdulillah..dpt la ilmu serba sikit..tp xde keyakinan lg nk jg suami dan anak sendiri..huhu. Biarlah diri ini dah bersedia, Allah pasti datangkan jodoh (Allah perancang terbaik)."""

abisla cita tuh..tapi point penting yang nak i cakap kat sini ialah, xsangka ada orang nak jadi suri rumah berjaya cam aku..tak sangka ada orang nak jadi surirumah berjaya cam naseebah yaacob..muahahaha..aku penah ckap kat sumone nak jd suri rumah berjaya..tp itu hanya cita2 yang xmungkin tercapai..mak pak akupown x bg jd suri rumah..muahahaha...

Sebenarnya, menjadi suri rumah tangga ni adalah satu kerjaya yg sgt mulia. Kerana :-

* Perlukan pengorbanan yg tinggi ~jika isteri seorg yg brpendidikan tinggi.
* Mendpt pahala berlipat kali ganda kerana mnjd sumber tulang belakang keluarga
* mnjd pndorong & semangat suami dan anak2.
* Kasih sayang dan perhatian diberikan sepenuhnya pd keluarga.
* Dll

Seorang suri rumah dikira sangat Berjaya apabila :-

* Anak2nya menjd soleh dan solehah dan taat perintah agama.
* Anak2 berjaya dlm pelajaran dan hidup.
* Suami Berjaya dalam kerjaya.
* Hidup sangat bahagia dan penuh dgn kasih sayang.

Sebenarnya, dlm pemerhatian sy, tak ramai isteri yg brpendidikan tinggi (dip, ijazah & master, dll) menjadi suri rumah sepenuh masa.. Jd, kerjaya ini sgt lah kurang mnjd pilihan..kemungkinan yg memilih kerjaya ini adalah arahan drpd suami sendiri :) . Berdasarkan keluarga mereka, sy mndapati kebanyakannya mndpt anak2 yg sangat berjaya didunia dan diakhirat.

Mak sy pun seorang suri rumah sepenuh masa..keje parttime mengasuh budak dan budak2 tuh ialah cucu2nya yang tiga org yang fuh~sungguhla nakal..auntie die pown xlarat nk jaga..baru 3 org tuh..belum 12 org..muahaha..:D jd, sy sgt berterima kasih kpd mak sbb didik kami adik beradik smpai berjya. Tenkiu and LOVE u so much makkkk!

sy : Dah tanamkan azam dan cita-cita utk mnjd seorang suri rumah yg berjaya! hehe

Khas untuk K.Mariani

Diantara tanda2 kebesaran Allah ialah berkuasa ke atas hambaNya..Apabila Allah s.w.t itu telah menentukan sesuatu, maka tidak ada sesiapa pun yang berupaya menafikannya, tidak kira samada ketentuan itu melibatkan rezeki ataupun ketentuan jodoh. bercakap tentang jodoh, semua manusia tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai ikhtiar memilih jodoh,namun ketetapan yang dibuat, yang dirancang dan dicita-citakan tidak semestinya berlaku. Sifat - sifat luaran yang dimiliki oleh seseorang sering menjadi neraca, penentu keinginan seseorang yang berlainan jenis terhadap dirinya. Tabiat manusia pula inginkan pasangan yang cantik, menarik, dan menggembirakan, tetapi hukum alam tidak semestinya menunaikan hasrat seperti ini..ehh...ceramah agama la plak.. ni nk cakap kat Mariani ku sayang..tiada yang dapat membantu selain yakin dgn janji Allah..perempuan yang baik sepertimu pasti ditakdir mendapat suami yang baik..
Datuk Dr.Harun Din ade menitipkan amalan utk mendekatkan jodoh..
1. Al fatihah
2. Doa mendapat jodoh berikut,


Sekiranya tidak mahir persoalan pertukran Dhamir, sila rujuk kepada mereka yang lebih mengetahui...heheh..pandaija aku nih..xpela...yang penting kita doakan akak ku...jadi doalah..tp doa dgn yakin..insyaAllah..Allah akan mudahkan urusan kita... Amiinnnn...