Tuesday, September 22, 2009

Berhari Raya '2009' di Teratak Tumpangan..

nak wat cmana..oleh kerana rumahku syurgaku akan siap menjelang hari raya haji, jadi kami beraya dirumah sewa yang sangatlah hmm..kecil..tapi kami sumbat juga 11 orang.. haha..cepatla rumahku syurgaku siap..xtahan dah dok sini..eh ape aku berleter ni..nak cita pasal raya..tahun ni mmg x wat ape..sebab semua pinggan mangkuk n mcm2 lg barang dlm kotak..hehe..jd tetamu dtg guna pinggan kertas pakai buang..gelas kertas pakai buang..pastu aku hadiah kan la set utk letak 5 lauk kat my mom..sebab xda bekas utk letak lauk..hehehe...giler raya ekspress..ikutkan hati nak letak tanda 'DILARANG MASUK SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI' Hehehehe..kuih tunjuk beberapa jenis..bju raya pinjam mak punya..tudung pakai yg hadiah Dr.Hasanah bg dulu..heheh..xsabar nak keja ni..inilah jd student..duit xcukup..aaa..cepatla rumah siap..cepatlah kerja..cepatla bulan 12..cepatla..hehe..



tu gambar semua org..tapi aku x masuk..hehe...gamabr x best cikit..kalutla ngan bebudak 3 org..bru 3 org tu mak oii..banyak lg bakal muncul mak..sabarla maktok n tokba dina..hehe...



ibu n abah marah..tokba tempatku memujuk hati..hehe..ayat dhiya irdina..


ini abang kepada tok pempuan ku...sebelah my dad..verry diferent kan??org selalu silap panggil die apek..hehe


mohd irfan rayyan dan dhiya irdina n d parents..


dis is Qaisarah bt Mohd Syakir wif her parents..


gambar aku n bbrp fmly lain..xlarat dh nak tunjuk..hehe...apapun..aku kena siapkan ketupat untuk 26hb..ntah siap ntah tidak..kuang3x...SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. panjang umur jumpa lgi raya tahun depan semua...raya kat rumahku syurgaku...

Tuesday, September 1, 2009

Lucky I'm in Love with My Allah..

sayu rasa hati bila terbaca blog Lillah..sesungguhnya tiada apa yang boleh memberi ketenangan pada setiap jiwa dan ruh yang ada di mukabumi Allah ini melainkan Allah.. Sesungguhnya dari Allah kita datang,dengan Allah kita hidup,kepada Allah kita kembali..teringat ayat dalam blog lillah..
'kalau dah tercatat itu memang untukku, ianya memang untukku.. kalau bukan untukku.. memang bukan untukku..' ayat redha pujuk diri.."terasa betapa lapangnya hati & betapa selamatnya rasa bila Allah ada... sungguh sebenarnya apa yang paling saya perlukan pada setiap nafas ialah Allah..."
Masih terngiang-ngang perbualan antara aku dan sahabatku anis..satu yang aku perlu.."Ya Allah,Engkaulah yang mencampakkan setiap rasa yang hadir dalam setiap detik hidupku,jadi hanya Engkau yang layak untuk menghilangkan semua rasa yang Engkau campakkan itu keluar dr jasadku tatkala ia tidak perlu ada..Hanya Engkau Ya Allah satu satunya tempat aku memohon setiap sesuatu di alam ini..Walaupun aku tidak layak meminta apa-apa kerana tidak pernah memberi apa-apa untuk agamaMU..Sujud sembahku hanya utkMU.. Tatkala rasa itu datang,Engkaulah Teman yang ada untuk aku leraikan rasa itu.. sujudku itu Mungkin tiada erti bagiMU..tapi itu saja yang ada padaku.. Hanya sujud yang mampu aku tawarkan padaMU..Engkaulah Maha Pemberi Kekuatan pada setiap jiwa yang ada..Hanya Engkau Ya Allah..Engkau..Engkau..Aku sedar akan dosa2 ku..tidak layak aku berkata apa2..tapi hanya satu..Engkaulah segalanya untukku.. tiada yang lain yang dapat memahami aku..ampunkanlah aku Ya Allah.." Terasa seperti saat kematian makin hampir..makin hampir..
sunungguhnya kita bertuah kerana masih hidup dalam CINTA ALLAH..

aku ibarat bunga yang sentiasa menunggu cahaya mentari untuk menyegarkan aku..dan Allah yang selayaknya memberi sinar itu..segalanya milik Allah...My Allah..