Friday, March 23, 2007

Artikel pertama

Imam Hassan Al Banna pernah berpesan “Kita tidak akan di tanya kenapa kita tidak berjaya tetapi hakikatnya kita akan ditanya kenapa kita tidak berusaha.”Berdasarkan pesanan Imam Hassan Al Banna ingin saya mengajak masyarakat khususnya pembaca majalah i merujuk kembali kepada surat surat pilihan keluaran bulan September 2005. Membangunkan umat dan Negara,islam hadhari pemangkin integrasi nasional serta perang saraf serta impaknya pada umat islam.
Tanpa kita sedar sebenarnya ketiga tiga tajuk itu menjurus kepada satu arah tuju yang sama.Bagaimana kita Malaysia dapat membangunkan umat dan Negara?Bagaimana dengan perang saraf dan impaknya? Bagaimana kita dapat membuktikan Islam Hadhari boleh memangkinkan integrasi nasional?Sebenarnya semuanya berbalik pada pesanan Imam Hassan Al Banna itu tadi. Selagi masyarakat Islam masih ada yang teraniaya, selagi masih ada,remaja islam yang derhaka kepada ibu bapa, selagi masih ada yang sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan, selagi ada penzinaan,selagi masih ramai yang sombong dengan harta dunia, selagi masih ramai yang tidak takut pada Allah maka semua yang diperbincangkan sebenarnya tidak kelihatan keberhasilannya.
Untuk meleraikan segala masalah masalah sebegini sebenarnya ia berbalik kepada satu punca asal yang harus di beri perhatian iaitu remaja atau anak anak islam.Bermula dari bawahlah kita semua harus mencari bagaimana untuk kita hasilkan generasi anak anak islam yang boleh dan mahu meneladani tokoh tokoh kesarjanaan islam dahulu,yang sentiasa berfikir dan melakukan perkara perkara yang boleh menaikkan martabat islam.Ini sebenarnya berkait rapat dengan perang saraf yang diperkatakan dimana remaja islam kita disogok dengan hiburan tanpa henti,dan menybabkan kita sendiri leka dalam memupuk nilai nilai yang sepatutnya ada dalam diri masyarakat islam.
Kesedaran sebeginilah yang boleh mempengaruhi tajdid addin iaitu pembaharuan sikap kita dalam proses cuba melahirkan generasi rabbaniy yang sentiasa peka dengan ilmu yang bermanfaat dan tidak jumud terhadap hiburan semata mata.Sebenarnya membangunkan umat dan negara adalah perkara yang paling mudah untuk dilakukan tetapi jika dan hanya jika kita, generasi sekarang, sedar betapa perlunya kita dalam mencorak pemikiran generasi mendatang kearah menghasilkan saintis islam, dan tokoh sarjana islam yang boleh menandingi ilmuwan barat.
Dimana kurangnya kita sebenarnya?Kita diberi otak yang sama dan tubuh yang sama seperti orang kafir dan kita mendapat rahmat dan kasih sayang-Nya.Beza yang sebenarnya ialah bahu bahu yang ada tidak sanggup memikul beban dan cintakan keseronokkan.Mengikut kajian hanya 4% sahaja daripada otak yang digunakan oleh cerdik pandai dan ini bermaksud kita juga boleh berada ditahap yang sama.Persoalannya kenapa terpampang di dada tabloid orang bukan islam boleh bertemu dengan “rawatan air menggunakan bakteria jamin kualiti air” Kenapa tidak kita umat islam sendiri yang mengkaji?Marilah kita bersama memupuk kembali semangat seperti semangat Imam Hassan Al Banna dan tokoh sarjana islam yang lain dalam membangunkan sahsiah dan ilmu dalam diri kita supaya dapat membuka mata dunia barat yang kita bukanlah selemah yang disangka cuma kita masih belum menunjukkan siapa kita yang sebenar.
Kesimpulannya ingin saya ambil petikan kata kata dari uztaz Wan Akashah penceramah terkemuka,khas buat anak anak islam: “Wahai anak,kalau ingin menjadi batu jadilah batu permata yang memancarkan kilauannya di mata insan, jangan jadi seperti batu di jalanan dipijak dan disepak orang,wahai anak,kalau ingin menjadi kayu jadilah seperti kayu jati yang teguh,keras dan susah untuk dipatahkan serta sangat berguna kepada manusia,janganlah jadi seperti ranting kayu di tanah,terpijak dek orang,retak seribu tidak dipandang.”Buat remaja islam ayuh,kita sahut cabaran dunia hari ini,kita jadikan islam hadhari pemangkin integrasi nasional yang dapat membangunkan umat dan negara serta ayuh,kita keluar dari perang saraf yang sedia ada disekeliling kita.

1 comment:

Unknown said...

time ni cbah tengah wat nota..khusyuknye..

cbah,nk cakap sket ni... Buatla lg artikel camni. Nk tau sbb pe? sbbnye universiti arini gagal menghasilkan produk yg bermutu dan bernilai tinggi dalam masyrakt. sO,SApe lagi akan memperbaiki keadaan masyrkt,menyuntik nilai kesedaran dan pemahaman dalam jiwa stiap individu??...

Tugas ni bukan senang..Terkadang sukar utk dluah dgn kata2.. Tp, insyaAllah dengan cara ni bleh membangkitkan smgt ssorg yg sedang mencari-cari.. Kita xtau kan? sbb sumenye dalam genggamanNya..

cbah,jgn malas membaca.. Blila buku pape je pun (yg bermanfaat)..dan bace!

kla, slamat siapkan nota. Mesti kena siapkan tau, isnin nak test!
Wassalam.