Friday, December 25, 2009

Alangkah baiknya...

Alangkah baiknya jika lelaki melihat wanita yang lebih daripadanya sebagai isterinya, ibu kepada anak-anaknya. Dia akan menjadi bangga. Alangkah baiknya jika wanita melihat suami sebagai sahabatnya yang paling akrab dan penentu syurganya, tentu dia akan bersikap hormat dan penyantun sekalipun lelaki itu tidak lebih berkelulusan daripadanya.

Kerap kali kita memohon maaf dan berharap benar agar segala kesalahan kita dimaafkan dan dilupakan sehingga kita seperti tidak pernah melakukan apa-apa yang salah pada orang lain. Namun cabaran letaknya bukan pada memohon maaf tetapi pada memberikannya. Benarlah firman Allah bahawa sebaik-baik infaq ialah maaf. Pesan Allah maafkan dan lupakan! Apakah kamu tidak suka mendapat keampunan daripada-Ku? Betapa mahal maaf sehingga Allah menawarkan keampunan sebagai ganjaran.

I Like this quote I dislike this quote“All men make mistakes, but only wise men learn from their mistakes.”Winston Churchill

I'm very sorry dear.......

No comments: