Thursday, April 29, 2010

Sedihnya....

Assalamualaikum semua….hmm…harini nak cerita perasaan sedih yang melanda diri…sebenarnya cerita ini adalah berdasarkan pengalaman sepanjang 4 bulan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Hangat,Langkawi.. Aku ditugaskan untuk mengajar Tasawwur Islam, Kemahiran Hidup,dan Sivik. Jadi gelaran yang aku dapat ialah ustazah,teacher dan cikgu (pakej tuh)..kecelaruan nama..hehe..ups..cita sedihkan..nape aku gelak..huhu…hmm..cerita ni bertajuk Ishbir…Ishbir ni nama kepada student aku..budak ni tingkatan 5Perdagangan.. dari dia tingkatan 1 sampai tingkatan 4 dia terkenal dengan kenakalannya.. Ketua budak2 yang suka ponteng sekolah. Tapi satu sekolah kecoh baru baru ni, bila Ishbir jadi pelajar yang sangat baik dalam kelas, tak ponteng sekolah dan aktif dalam kawad kaki.. Semua cikgu yang dah lama mengajar sangat kagum dengan perubahan yang berlaku, dan semua tertanya-tanya, agaknya, apa yang menyebabkan dia berubah.. dan apa kaitan cita ni dgn aku??

Kaitannya.. dari awal tahun sampai sekarang, aku mengajar kelas dia dua subjek, iaitu, Tasawwur Islam dan sivik..maksudnya aku masuk kelas dia setiap hari..dan aku akui dia adalah pelajar yang sangat aku suka..sebab dia selalu menghiburkan aku dalam kelas dengan lawak jenaka dia dan klasmetnya.. dan kelas 5PD nilah satu-satunya kelas yang bila aku nak marah dan memang tengah marah, marah tu mesti hilang sebab akan ada orang yang buat lawak sehingga menghilangkan panas hati dan membuatkan aku tertawa dalam kelas.. Budak tu ialah Ishbir.. huhu…penawar hati..sepanjang mengajar kelas dia, aku selalu perhatikan dia dan rakan2, dan masa aku mengajar tasawwur tajuk munakahat(perkahwinan) aku perhati setiap orang dalam kelas, dan aku terus sebut dan nyanyi depan kelas, “dari sinar mata……terpancar satu rahsia..” lagu dulu2… satu kelas sambung nyanyi lagu tu.. hehe..aku nyanyi dan tujukan lagu ni untuk Ishbir, sebab aku dapat tangkap lirikan mata dia pada seseorang dalam kelas tu.. sungguh tepat telahanku, Aishah pelajar baru tu adalah buah hati si Ishbir sepanjang 4 bulan dan dia adalah salah satu faktor Ishbir jadi orang yang suka belajar sekarang.. Tapi sejak 3 minggu kebelakangan ni Ishbir kerap tak sihat..

Setiap kali kelas, maksudnya setiap hari, dia mengadu.. “cikgu, saya rasa sakit sangat dekat dada..nak gerak tangan pun sakit”.. aku akui.. suara dia kedengaran lain sejak 3 minggu ni, seperti orang batuk.. tapi dia tak batuk..dia saja saja batuk untuk menghilangkan rimas dan sesak di dada.. Aku dah tak tahan dengar setiap hari Ishbir sebut “sakit dada cikgu” sambil pegang dada dan muka pucat.. sehinggalah semalam, semasa kelas tasawwur, Ishbir meminta izin aku untuk baring di dalam makmal pend.islam.. “cikgu…nak down…” sambil senyum kambing..aku cakap tak boleh, salin nota dulu, taktau pula dia sakit.. abis tasawwur aku nampak dia bersandar di dinding sambil pegang dada dan muka menahan sakit.. aku tanya, “Ishbir, dah lama sangat Ishbir sakit dada, kenapa tak pergi hospital?” Ishbir jawab, “Saya takmau cikgu, saya tau saya sakit dada teruk, saya takut nak dengar doktor cakap saya ada sakit serius dan nak mati.. saya takut..”dengan suara bergetar. Andaian aku, dia sedang menahan sebak membayangkan sakit yang membawa mati.. aku jawab, “kalau Isbir tak pergi cek sekarang dan Ishbir betul betul mati tanpa tahu sakit apa, lagi teruk, baik Ishbir pergi cek, sekurang-kurangnya kalau betul ada sakit yang serius, ada orang bagi ubat, pergi cari guru bertugas mintak dia bawak pergi klinik.” Perbualan kami terhenti kerana ada pelajar lain panggil aku kerana terlambat ke bilik guru atas urusan kawad kaki.. Aku meninggalkan Ishbir bersendirian dalam keadaan sakit..

Tak sampai 15 minit, kak Sheela guru berbangsa India yang duduk disebelahku balik ketempatnya dan memberitahu yang ada ambulans di bawah pejabat, dan dia nampak Ishbir yang terbaring atas ‘stretcher’ yang diangkut ke dalam ambulans… “Ya Allah,kau tenangkanlah hati adikku Ishbir.”

Hari ni, aku duduk menyiapkan rekod pengajaran harianku sambil memandang keluar pintu bilik guru, kelihatan rakan-rakan sekelas Ishbir di hadapan bilik guru. Aku meluru keluar sambil menjerit memanggil Faez, dan bertanya tentang Ishbir. Faez menunjuk ke arah belakang pokok. Aku berjalan kesitu, lega hati aku melihat Ishbir berdiri dengan senyuman memandang aku.. Aku menjerit lagi, “Ishbir,doctor cakap apa?” “Doctor kata peparu saya berlubang” sambil ketawa dia menjawab soalan aku. Terdiam. Biar betul budak ni. Aku cakap ok dan terus kembalik ke tempatku. Selepas waktu rehat, aku nampak dia duduk di koridor sambil memegang dada dan bercakap dengan guru kelasnya kak Yuvarani, aku memasang telinga dan mendengar, “paru-paru berlubang cikgu, doktor kata sebab saya merokok cikgu..” aku terus berlalu.. “Ah..Ishbir..kenapa mesti dikau wahai penawar hati ini..”-monolog diri- kemudian aku kembali ke koridor setelah selesai urusan dan melihat dia duduk seorang diri..

“hai Ishbir, doktor bagi ubat apa kat kamu?” “5 jenis ubat cikgu, pastu saya kena jumpa doktor sekali seminggu siap dah dapat tarikh cikgu..” “Hmm..xpalah..sabar”.. sambil memandang Ishbir.. dan Ishbir merenung aku.. “Kenapa Ishbir? Ada nak cakap apa-apa ka?”.. tiba-tiba aku terlihat butir-butir airmata mengalir jatuh membasahi pipinya.. “Entahla cikgu, saya cuma takut…. saya takut kalau saya mati..” bergetar…sambil menangis… “ya Allah, kenapa dia yang sedang berubah menjadi lebih baik ini yang kau uji? Kenapa mesti dia yang aku sayang yang diuji? Jikalau dia pelajar perempuan sudah pasti aku peluk dan usap kepala adikku ini untuk tenangkan dia..tapi dia pelajar lelaki..aku hanya boleh bercakap..”-monolog diri- “sabar Ishbir.. Ishbir beruntung, Allah bagitahu awal, dia bagi Ishbir peluang untuk perbaiki diri, belum terlambat nak jaga kesihatan, jaga solat, jaga pelajaran, jaga hati mak ayah dan semua…dan ishbir menjadi pengajaran kepada kawan-kawan yang lain..” aku membalas ayatnya tadi… “Ahhhhhhhhhhh… apa yang aku cakap ni.. sabar naseebah, jangan nangis depan dia.. naikkan semangat hidup dia, jangan lemahkan dia..”-monolog diri- Tiba-tiba ada seorang guru perempuan yang sudah berusia lalu di tempat kami berbual-bual, sambil membebel “nangis ka Ishbir? nangis buat apa? pi isap rokok banyak-banyak lagi.. lani nak insaf tak guna..” sambil senyum sinis guru tersebut berlalu… waktu tuh sebaknya dada mendengar ayat tajam dari guru yang tak berperasaan tu.. Sedih melihat airmata Ishbir mengalir lebih laju selepas mendengar sindiran guru tersebut.. aku menjerit di dalam hati “Ishbir, jangan ambil kisah kata-kata orang macam tu, abaikan.. cikgu ada untuk kamu.. cikgu akan selalu sokong kamu-monolog diri- Entah kenapa kata-kata itu tidak terkeluar dari mulutku.. Terus aku keraskan suara, “Ishbir.. jangan menangis ishbir.. kuatkan semangat, belajar sungguh-sungguh, jaga hati mak ayah, jadikan benda ni pengajaran untuk jadi orang lebih baik.. kalau nak nangis, nangis atas sejadah, Allah tu Maha mendengar rintihan kita..abaikan orang yang main-mainkan kamu yang baru ni.. berhenti nangis ya..” aku bercakap dengan suara yang bergetar menahan sebak.. “baik cikgu” jawab Ishbir mengangguk lemah.. sayunya hati melihat anak muda ini mengeringkan airmatanya dengan kolar baju.. dengan tergesa-gesa aku meninggalkan dia dan kembali ke bengkel.. “Shaa.. Medinaa… sedih…” terus airmata aku mengalir laju..terkejut rakan-rakan sebengkel dengan aku.. “Kenapa cbah?” “ishbir…sedih..” aku menceritakan apa yang terjadi pada mereka berdua.. mereka turut sebak.. kelihatan mata masing-masing berair.. hm… tiba-tiba teringat Aiza yang turut mengajar Ishbir.. Aku panggil Aiza masuk ke dalam kereta sebelum pulang ke rumah, dan bercerita tentang hal itu, Aiza turut menangis.. ternyata, siapa yang mengajar Ishbir dan rapat dengan dia akan menangis mendengar cerita dia.. sedih bila melihat guru yang seolah-olah tidak berperasaan, dan menjatuhkan semangat orang yang nyawanya kemungkinan besar seperti telur dihujung tanduk, membuatkan anak muda yang sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik ini sedih dan tidak ada semangat untuk hidup….

Wahai guru, kenapa mesti engkau yang menjatuhkan semangat anak muridmu, sedangkan dia meminta semangat itu dari kita??

Kenapa mesti dia yang baik itu yang disindir? sedang yang alpa itu kau biarkan?

Kenapa kau tegar melukakan hati insan yang selalu menjadi penawar hati kebanyakan guru yang mengajarnya? Sedang mereka yang masih biadap denganmu kau biarkan…

Benciiiiiiinya aku pada guru yang sebegitu…Ya Allah…

Ishbir…..jaga diri..saya tak selalu ada dengan kamu..mungkin saya yang sihat ni mati dulu dari kamu yang sakit….azman..adik-adik kelas 5 PD, jadikan kisah Ishbir ni pengajaran…dan aku..ingin menjadi guru yang seperti dalam sajak dibawah..

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

5 comments:

chemorsie said...

huh sedeynya,, itula kan..manusia..
ajal maut di tangan tuhan..
tp sekurangnya kiter berusaha sentiasa berada dijalan yg diredhaiNya,,


ermm mmg ada sebilangan yg tidak memahami..
dan ku pernha melalu saat2 itu,,
aku bukan mrh,,tp sekadar mebari nasihat,,
rs sebak bila anak didik meminta maaf bersungguh2...

ermm itula lumrah alam..
kdg2 kita rs dh cukut hebat..
kenyataannya.. yg di atas tu lg HEBAT

Anonymous said...

im so touch!

naseebah (asfal awliya') said...

perlu jd teman untuk mendidik..teman yang sedia mendengar....

Noorhasmira said...

sedihla... lani mmg musim mood sedih ka... huhu

semoga Ishbir diberi kesihatan yg baik
شافاك الله

semoga u juga menjadi cikgu, teacher, ustazah yg baik

Enzuzan Nyelang said...

adeh....cdh la plak hang punya chgeta...huhuhu....sabaq noo...