Thursday, November 17, 2011

Yang Tertutup Itu Indah


Buat para ibu, isteri, kakak adik-adik perempuan serta para suami dan bapayang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, singkaplah amaran dan perintah Allah dan RasulNya tentang golongan Hawa yang tidak dapat mencium bau syurga. Sedangkan bau sudah tidak dapat dicium, apatah lagi memasukinya..Nauzubillah…
Apabila berlakunya kes sumbang sumbang mahram atau rogol, mengapa lelaki sahaja dipersalahkan? Adakah mereka seperti haiwan yang rakus menerkam mangsa tanpa mengenal sesiapa..Lihatlah jua pada penampilan dan pakaian perempuan itu.
Trend zaman serba canggih, pakaian wanita sekarang hanya “cukup-cukup makan”..Kakak yang berumur 25 tahunmemakai baju adik berumur 5 tahun..Ada yang memakai pakaian yang nipis dan jarang, ketat hingga menampakkan bentuk tubuh.
Renunglah pada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka itu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh dihidu dari jarak yang jauh” (Riwayat Muslim)
Hari ini, berapa ramai para ibu yang tidak bertudung?Berapa ramai anak gadis memakai pakaian tak cukup kain? Sebab itulah Allah s.w.t menegah manusia tidak terjebak ke jalan zina.Pemakaian seorang wanita yang tidak menepati syariat juga boleh menyumbangkan ke arah penzinaan.Mata lelaki yang penuh nafsu tentulah tidak dapat menahan godaan, melihat “penggilap mata” dihadapan.
Kerana manusia hari ini dilihat tidak lagi takut akan amaran dan perintah Allah.Al-Quran hanya sebagai “adat” memelikinya sebagai seorang Muslim, bukan untuk diamalkan dan dihayati.
Lihatlah betapa Allah s.w.t berkali-kali menegaskan kaum lelaki supaya menyuruh para isteri dan anak-anak perempuan supaya menutup aurat dan memelihara pandangan.Antaranya:
“Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuan mu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.” (Al-Ahzab: 59)
“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandagannya, dan memelihara kemaluannya (kehormatan) dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah hendaklah mereka menutup kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka,atau putra-putra saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara-saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki agar diketahui perhiasan yang disembunyikan.Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung.”(An-Nur: 31)
Bagaimana lagi mahu dinafikan perintah Allah dan sabda RasulNya?Apabila Allah s.w.t memerintahkan kaum Hawa menutup aurat, maka seadilnya Allah memerintahkan kaum Adam menjaga pandangan matanya dari melihat perempuan bukan mahramnya.Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nur: 30 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya (kehormatan); yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat.”
Ingatlah wahai wanita seagama ku, peliharalah aurat mu, jangan biar tubuh mu diratah oleh pandangan lelaki, sedangkan barang jualan dibalut kemas supaya tidak dicemari debu dan kotoran, apatah lagi tubuh indah mu, tutuplah dan peliharalah agar ia tidak dicemari dengan pandangan bernafsu dari lelaki.Sesungguhnya, YANG TERTUTUP ITU LEBIH INDAH

No comments: