Saturday, August 29, 2015

Satu Hati?

Assalamualaikum semua...hari ini saya bukan nak promosi shaklee...tapi saya nak menyuarakan kembali apa yang saya dengar dari kupasan Ustaz Pahrol Md. Juoi dalam radio IKIM.FM...Tajuknya bersatu hati..semoga ada manfaatnya..samada dalam kerjaya atau kehidupan..

Apa yang dimaksudkan dengan bersatu hati?

Bersatu hati bermaksud Seia Sekata, sentiasa dalam keada hatinya sama, bersatu dalam apa pun sama ada bekerja atau pun dlm kehidupan.

Bagaimana Bersatu Hati boleh wujud?

Manusia boleh bersatu hanya dengan adanya persamaan. Persamaan yang paling utama ialah dalam beragama. Dua manusia boleh bersatu jika tonggak dalam hidupnya sama iaitu cintanya pada benda atau sesuatu yang sama...jika salah seorang mencintai Allah dan seorang lagi cintanya pada dunia, maka tiadalah kesatuan hati. Kita selalu mendengar wang boleh menyatukan manusia, tetapi hakikatnya tidak. Contohnya seorang majikan memberi wang kepada pekerjanya untuk pastikan yang semua pekerjanya mendengar dan mematuhi arahan. Pada permukaannya pekerja akan mengikut kata kata majikan itu tadi tetapi pada dasarnya, itu hanya sementara, kerana manusia tidak akan pernah puas dengan harta dunia, dia akan terus meminta lebih dan lebih lagi.

Hati itu adalah raja dalam tubuh manusia. Hati itu yang akan mengawal tubuh manusia itu. Jika bersih seketul hati itu, bersihlah segalanya. Bagaimana hendak bersatu jika dalam sekumpulan manusia, beberapa orang hatinya cinta pada Allah, dan beberapa orang lagi cintanya pada pangkat,harta dan nama. Manusia tidak mungkin akan bersatu jika sesuatu yang dilakukan bersandar pada pangkat, harta, nama serta pujian manusia

Hati itu raja. Hati yg cintakan Allah pasti bersatu kerana dasarnya cintakan Allah. Jadi sudah pasti bagi hati yang sebegitu sama, akan amar ma'ruf dan nahi munkar. Mengerjakan perintah Allah dan menjauhi kemungkaran. Patuh dan taat pada perintah Allah.

Ramai yang bertanya, ustaz, bagaimana untuk saya membuatkan orang lain suka dengan saya.
Jjika kita cantik luaran..mungkin ramai yang akan suka untuk mendampingi kita kerana kecantikan kita. Jikalau kita berpangkat, ramai juga yang akan rapat untuk dapatkan sesuatu. Kalau kita kaya, lebih ramai yang akan mendampingi untuk tumpang kekayaan kita. Itu adalah lumrah. Sifat manusia, tetapi semua itu tidak akan kekal kerana bila kecantikan itu hilang kawan juga akan hilang,jika pangkat itu tiada, kawan pun tiada, jika harta itu habis, semua yang menumpang juga akan lari.

Berbahagialah manusia yang dalam hatinya terlalu mencintai Allah, kerana semua yang mencintai Allah akan mencari mereka yang juga mencintai Allah untuk dijadikan teman. Jika seorang lelaki ingin menemukan jodoh, tak perlulah mencari perempuan yang baik tetapi jadikan lah diri mu soleh pasti yang diangkat untukmu yang solehah.

Seorang majikan tak perlu mengungkapkan saya perlukan pekerja yang ikhlas, kerana ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di dalam kelam malam,tidak dapat dilihat. Apa yang perlu dibuat ialah ikhlaskan dirimu menjalankan amanah Allah bukan kerna inginkan pangkat dan nama tetapi kerana kerja itu ibadah dan amanah. Sudah tentu yang akan datang bekerja juga orang yang tinggi ibadah dan sifat amanahnya...Abid dan Amiin.

Bila mana kita mencintai Allah, cinta manusia yang mencintai Allah hadir bersama.
Bila tiada IMAN,tiada KESATUAN HATI...




No comments: