Saturday, July 14, 2007

Firman Allah SWT Ertinya:
“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” (Ali-Imran: 110)
Assalamualaikum adik-adik dan sahabat sekalian..Hari hari berlalu dan setiap hari kita melangkah dan terus melangkah menuju akhirat..tapi dalam langkah kita itu kadang kadang kita hampir tersasar, namun Allah tidak kan biarkan kita terus tersasar kerana dia tahu apa yang kita perlukan.. Semoga dengan apa yang tertulis pada helaian yang mungkin nampak membosankan untuk dibaca dapat membantu kita menangani hari yang mendatang dengan cara yang lebih baik dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dari dulu hingga sekarang.. Pernahkah adik-adik dengar tentang cahaya wajah? Perhatikan wajah orang. Duduk dengan dia berhadapan, anda akan rasai, bercahayakah dia ataupun suram? Cahaya wajah itu ada yang kuat dan ada yang lemah. Ada pula yang dahulunya bercahaya, kemudian beransur suram. Ada yang sampai hilang cahaya itu.
Cahaya wajah itu seperti kuasa elektrik, dapat memancar dan mengejutkan kita yang duduk berhadapan dengan dia, sehingga kita kena gelombang daripada cahaya sinar wajah orang itu. Kadang-kadang cahaya itu menembus ke dalam sanubari kita lebih dalam daripada pengaruh sinar X sekalipun. Hanya dua jenis orang sahaja yang mempunyai cahaya istimewa itu. Pertama orang soleh yang kuat perhubungannya dengan Allah dan kedua seorang yang berpangkat yang kuat hubungannya dengan kuasa. Yang pertama mendapat cahaya dari langit dan yang kedua mendapat cahaya dari bumi. Kalau perhubungan di antara yang diberi cahaya putus dengan yang memberikan, baik sinar dari langit mahupun sinar dari bumi, orang itu tidak bersinar lagi(Hamka,Pandangan Hidup Muslim). Oleh itu adikku sayang, kita semua harus belajar bagaimana caranya untuk mendapat cahaya wajah yang boleh menyinari hidup orang lain..Jawapannya ada dalam diri kita semua..(^^,)/

Saudaraku, di dalam kita berpersatuan dan berurusan dengan banyak pihak, kebijaksanaan emosi sangat penting. Bagaimana cara mengajar emosi? Pemimpin berkarisma ialah mereka yang mempunyai kebijaksanaan emosi dalam mengawal diri mereka sebelum mengawal orang lain. Bagaimana pula tabiat orang bijak yang gagal? Masalah sikap seperti memenuhi masa dengan bergayut di telefon, tidur lewat, ponteng kelas, dan lain-lain ialah penentu bagi orang yang mampu berfikir beza baik dan buruk tetapi gagal dalam memilih antara yang baik dan yang buruk.Dan kita harus ingat pemimpin yang berkarisma adalah tuan kepada emosinya sendiri.Di sini ada beberapa tips dalam membina kebijaksanaan emosi:
-Sahabat karibnya adalah AlQuran
-Amalkan selawat ke atas Nabi
-Apabila anda marah cuba tidak berkata dan melakukan apa-apa.
-Jika anda marah salurkan tenaga anda itu kepada perkara yang berhasil
-Luahkan perasaan anda dengan cara yang kreatif

Pernah tak kita adik-adikku sayang dengar dalam hidup ini tidak ada kegagalan, hanya kekalahan sementara. Kita faham tiada kehidupan tanpa risiko bukan? Tetapi apabila tujuan hidup anda jelas, tiada sesuatu yang mampu menghalang mahupun risiko (Elie Wiesel). Cuma perlu diingat berdoalah, semoga perancangan kita selari dengan perancangan Allah.

Di sini ada sebuah cerita tentang senyuman Hamka, untuk kita kongsi bersama. Sepanjang hayatnya beliau selalu berkata, ‘Apabila kita lahir, kita menangis orang lain bergembira. Apabila kita mati kita bergembira dan orang lain menangis’.Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah ialah tokoh agama yang banyak menyumbang kepada perkembangan Islam di nusantara dengan penulisan novel cinta romannya, buku agama dan lain lain. Beliau meninggal kerana sakit jantung dan masuk ke ICU beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. Semasa sedang dikafankan orang ramai terkejut kerana melihat jenazah Hamka. “Lihat, wajah jenazah bapak Hamka berseri-seri dan dia tersenyum.”Mungkin Hamka bergembira atas rahmat daripada ilmu yang dia ajar selama ini jadi bekalnya di alam kubur. Jangan sebutlah semua menerangi kuburnya sebagaimana banyaknya buku itu mengubati jiwa manusia yang hendak membunuh diri dan lain-lain. Beliau bantu menarik mereka dari pintu neraka dan buku itu mengajar orang sampai kenal pada Tuhannya dan ilmunya terus memberikan manfaat kerana menggantikan tuannya dalam bentuk penulisan terus mengajar manusia mengenal Tuhan. Sabda Rasulullah, ‘apabila mati seorang anak adam akan terputus semua kecuali tiga.sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.’Mesti adik-adik tertanya tanya apa kaitan cerita Hamka ni?Enggak ada apa sih..Cumanya,wajah ada kaitan dengan hati,apa yang terpancar di wajah dikatakan lahir dari hati..Mungkin adik-adik pernah dengar, dalam tubuh manusia ini ada seketul daging andai bersih ini bersihlah selurung anggotanya, andai busuk daging ini maka busuklah seluruhnya, daging itu ialah hati..Jadi apa yang perlu kita buat ye?Masing-masing ada jawapannya bukan?(^^,)/

Dalam pembentukan organisasi, Tuckman’s seorang pengkaji yang pakar dalam bidang pengurusan, perlakuan organisasi telah mengenal pasti beberapa peringkat yang berlaku pada individu di dalam proses membentuk sesebuah organisasi atau bahasa kampungnya ‘pembentukan kumpulan’ dan bagi kita yang berada di sini mungkin biasa mendengar barisan pimpinan pergerakan perkhidmatan masyarakat USM. (^^,)/ Untuk pengetahuan semua Teori yang diperkenalkan oleh Tuckman ialah Teori Tuckman 5 peringkat:

1.)‘Forming’ 2.) ‘storming’ 3.)‘norming’ 4.)‘performing’ 5.)‘adjourning’

Forming-peringkat semua yang terpilih membentuk organisasi akan tertanya tanya “why are we here?How do I fit in?”

Storming-peringkat inilah masa untuk diuji dan semua yang terlibat akat tertanya tanya “What’s my role here?Why are we fighting over who is in charge & who does what?”

Norming-peringkat yang sepatutnya sudah ada perasaan ‘kekitaan’ atau perasaan sebagai sebuah kumpulan dan sudah dapat menjalankan tugas dengan baik dan yang terlibat akan tertanya tanya “What do the others expect me to do?Can we agree on roles & work as a team?”

Performing-peringkat pemfokusan terhadap menyelesaikan masalah yang timbul dalam semua tugas dan sepatutnya semua yang terlibat wajib terfikir “How can I best perform my role?Can we do the job properly?”

Adjourning-peringkat tugas sudah selesai dan ini masanya untuk berpindah ke tahap lain dan soalan yang perlu ada “What’s next?”

Ini adalah teori Tuckman dan memang menepati apa yang difirmankan oleh Allah didalam Al-Quran surah AsSaff(61) ayat 1 hingga 5.

Dalam perlakuan organisasi juga ada menyatakan tentang norma-norma tugas dan peranan. Apakah yang dimaksudkan dengan peranan? Boleh jawab? (^^,)/ Peranan ialah kelakuan yang dijangkakan sepatutnya berlaku bagi sesuatu tugas yang diberi. Tetapi terdapat banyak situasi yang boleh menekan sesuatu tugas menjadi sesuatu yang tidak diingini antaranya:

Role overload- jangkaan melebihi kemampuan individu. Tugas yang diberi melebihi kemampuan individu
Role conflict- konflik antara semua individu yang terlibat
Contoh: Di syarikat LEVIS, semua bergaduh sebab semua bergantung pada bahagian permulaan penjahitan.Jika individu pemula lambat semua yang kemudian akan turut lambat(Konflik dalaman)
Role ambiguity- tidak tahu dan faham tugas atau dalam erti kata lain tugas tidak jelas

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Team’ ek?
Team ialah suatu kumpulan dengan kemahiran yang saling melengkapi. Mereka semua mempunyai tanggungjawab yang besar untuk sama-sama mencapai tujuan, matlamat dan pendekatan. Untuk membentuk pasukan kerja yang cekap memerlukan toleransi, latihan dan ‘trial n error learning’ dan di sini ialah tahap ujian untuk semua.Faham bukan?(^^,)/ Untuk membentuk pasukan kerja yang cekap juga memerlukan kerjasama, kepercayaan, dan semangat ‘kekitaan’ dalam diri setiap individu dan ingin ditekankan perasaan ‘keakuan’ wajib dijauhi..tak tahu perasaan keakuan tu apa? Meh nak jawab..Keakuan tu maksudnya sifat tidak memikirkan tentang individu didalam kumpulan.Kadang-kadang perkara sebegini pasti terjadi apabila masing-masing sibuk dengan hal masing-masing..Jadi,adik-adik faham apa yang kena buat bukan? (^^,)/ Rasa takut sekarang? Jangan takut..Ingatlah hidup itu kan ujian..Kalau hidup tak ada ujian maksudnya Allah tidak ingat kita bukan? Bergembiralah..Bersenang hatilah..Sebab ujian itu ialah rahmat daripada Allah..Cuma kita perlu bersedia menghadapi suasana ketika kita dalam keadaan tak bersedia..tak faham ayat tuh?Tanya orang lain faham atau tidak..ye..(^^,)/Disini ada satu sajak dari seorang sahabat. Hayatilah..Untuk diri sendiri dan semua, semoga kita tidak mengulangi kesilapan berulang kali.. Semoga semua dimudahkan Allah..

Kenapa bersedih ?

Kita mulakan cerita kita dengan dentuman bunyi guruh, paluan petir, air hujan yang lebat dan gelap malam..
Di sini ada cerita tentang seorang bayi yang baru lahir bersama jeritan tangisan..Sakitkah bayi itu?Terkejutkah dia?Atau mungkin sejuk?
Tak lama kemudian bayi itu tidur…Hari hari yang mendatang bagi seorang bayi itu di penuhi tangisan, nak berak menangis,.. dah berak menangis,.. lapar menangis.., sejuk menangis.., di gigit nyamuk menangis.. boringpun menangis, dan terus menangis..
Kemudian bayi itu membesar menjadi kanak kanak dan budak budak..Kanak-kanak yang menangis bila di ejek rakan sebaya..
Budak-budak yang menangis bila di marah orang dewasa..Kanak-kanak yang menangis bila rasa tak selesa..
Budak-budak yang menangis bila serba tak kena..Dalam gelap bilik tidur.. sebelum terlena, si anak kecil ini menangis..
Menangis kerana apa?Mungkin..Kerana tak dapat kasih sayang dari ibu bapa..Kerana terpinggir akibat di pilih kasih dalam layanan dengan adik beradik yang lainKerana cikgu kat sekolah tak peduli..
Kerana kawan kawan sering menghina..Kerana lahir sebagai anak seorang miskinKerana lahir sebagai seorang anak yatim..Menjelang remaja..
Masih di kamar gelap itu..Air mata terus tumpah kerana kecewa dalam cintaTertekan dalam silibus mata pelajaran..
Menangis kerana rupa paras..Rasa diri tersisih yang amat…Masuki alam pekerjaan..Sebelum tidur, ada air mata yang berlinangan..
Menahan sebak bila di marah bos..Kawan sekerja pulak pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasi..Risau yang amat tentang masa depan..
VSS datang menambahkan sebak di dada..Rungsing dengan keperluan dunia yang membebankan..
Di pintu gerbang perkahwinan, di kamar yang sepatutnya duduk berdua, tapi dia menangis keseorangan menyembam bantal..jiwa terus menangis kerana mendapat pasangan yang salah..
Itupun setelah lama mencari pasanganItupun setelah lama mencipta angan-angan..Pasangan derhaka membuatkan hidup di bayangi neraka..
Anak anak derhaka meyiksakan hari tua..Nun di sebelah rumah, jiran dan masyarat sibuk mengata, mengumpat dan menfitnah..Air mata terus tumpah..Tapi sayang bukan di atas sejadah..
Sebaliknya di atas kain kapan dan batu nisan..Ingin tidur buat selama-lamanya..Saat akhir menghebus nafas, air mata mencurah bak tempayan pecah..Hujan yang lebat..malam yang gelap..Menjadilah mayat seorang manusia yang sedih itu..
Di celah anak mata mayat itu, ada air mata kering di pipi..Dan akhirnya.., di dalam kubur ini, tiada tidur lagi!!
Air mata masih mengalir menanggung azab kubur..Tiada tidur lagi.., air mata darah mencurah curah di seluruh padang mahsyar..Tiada tidur lagi…
Dan dalam Neraka, biarpun air mata nanah sekalipun.., untuk apa lagi korang menangis???

No comments: