Tuesday, August 7, 2007

Ujian itu indah maknanya..

"Ujian adalah tarbiah dari Allah..." terngiang ngiang lirik lagu raihan yg bertajuk KEHIDUPAN.. ya.. hidup itu memang ujian.. seandainya hidup itu tiada ujian.. ia kosong semata mata.. tiada makna dalam kalam hidup.. Kita asyik menghendakkan kebahagiaan yang kita rasakan bahagia.. sedangkan erti bahagia yang sebenar ialah apabila berada dalam perhatian Allah lebih dari orang lain.. Bila Allah memandang kita dan kenal..ya.. inilah hambanya yang bernama sipulan binti sipulan.. semoga kita semua diberi ujian untuk menambah keimanan dalam diri.. kerana 'al-imanu yazidu wayanqus'.. iman seseorang itu meningkat dan menurun tidak pernah tetap hatta ia seorang muazzin dan tok imam sekalipun.. berdoalah semoga kita ini berada dalam golongan yang sentiasa dilindungi Allah dari bala' yang terlalu dasyat sehingga terlupa dan tidak yakin dengan Allah.. Ya.. pengalaman amat mendewasakan..walaupun saat saat kekecawaan berlaku dan kita menjadi blur,bengong atau apa saja istilah yang boleh menggambarkan keadaan yang tidak sempurna itu.. itu tetap menjadi sebahagian dari pengalaman yang mengajar erti hidup.. itu kelebihan orang yang menerima ujian.. setiap pengalaman itu adalah ilmu..ilmu untuk hidup..
Firman Allah: "Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (LAUH MAHFUZ) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikannya kepadamu..."(Surah Al-Hadid: ayat 22-23)

No comments: