Monday, December 1, 2008

Aku dapat tawaran Diploma Pendidikan..hmm..


Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA
NO. KAD PENGENALAN / MYKAD: 85.........
NAMA: NASEEBAH BT. YAACOB
TAHNIAH ! Anda telah berjaya ditawarkan program seperti di bawah :
KOD PROGRAM : AT09D
NAMA PROGRAM : SAINS PERTANIAN
IPTA : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
URL SURAT TAWARAN : http://student.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran.htm
CATATAN :Calon berjaya Diploma Pendidikan perlu mencetak Surat Tawaran IPTA dan Surat Penajaan KPM (sementara) mulai 3 hingga 10 Disember 2008 manakala Surat tawaran rasmi akan dihantar oleh IPTA.
Naseebah Bt. Yaacob
Tahniah dan syabas kerana permohonan saudara/i untuk kemasukan ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi program pengajian Diploma Pendidikan (DP) Semester 1 Tahun 2009 adalah berjaya. Saudara/i ditawarkan untuk mengikuti program pengajian Pendidikan Sains Pertanian. Butiran lengkap mengenai tarikh, masa dan tempat melapor diri adalah seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Selamat menjadi warga UPSI dan selamat menempuhi alam pengajian tinggi.

Surat Tawaran UPSI
Surat Tajaan KPM
Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Nama : Naseebah Bt. Yaacob

No. K/P :85..........

TAWARAN PENAJAAN PROGRAM KHAS DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH (DPLI)DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM AMBILAN 2009
Saya diarah merujuk perkara di atas dan sukacita memaklumkan bahawa anda ditawarkan untuk mengikuti program praperkhidmatan di atas dalam:
Pengkhususan:Sains Pertanian
Di:Universiti Pendidikan Sultan Idris
mulai dari 02 Januari 2009 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.
2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institusi berkenaan pada 02 Januari 2009
3. Tawaran penajaan ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/DPLI-2007).
4. Tawaran penajaan ini akan terbatal dengan sendirinya jika:........ (panjanglaaa...)
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...Satu perasaan lega muncul harini..
Semoga keberatan akan bertukar menjadi keringanan..
Semoga yg gelap kan terang..Yang malap akan bersinar kembali..
Semoga aku akan menjadi guru yg boleh mendidik..bukan sekadar mengajar..

6 comments:

Hasanah said...

Naseebah, syukur... TAHNIAH!!!

dari hari tu dah tahu yang cbah mesti dapat pnya.

alaaa... nanti mesti rindu kat cbah, bakal cikgu sains pertanian!

naseebah (asfal awliya') said...

rindu jugak.....lecturer paling bestttt....syg kamu and anak2 mu yg keletahnya mencuit kalbu...

lillah said...

cekgu!!!!!!!!!!!!!!!!

cekgu jadilah cekgu yg nakal tau.........!

cekgu jadilah cekgu yg otai2 tau......! :p

cekgu jadilah cekgu yg chumel..ehe..

nak dedicate lagu utk cekgu cibah..

ahaha..

Kasih Suci
Artist: Amy Mastura

Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti

Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai

Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka
Kau tetap cahaya

Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Oh oh oh...

Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti

Putihkan jiwamu dengan
Kasih suci

Ya Allah..aku menyayangi saudara2ku spt aku menyayangi diriku sendiri. namun aku tak mampu menyayangi mereka spt Engkau menyayangi mereka. Engkaulah sebaik2 Penyayang, maka sayangilah mereka.Engkaulah sebaik2 Pemelihara. Peliharalah mereka.Permudahkanlah urusan mereka. Berkatilah hidup mereka. Bahagiakan mereka di dunia akhirat. Satukanlah kami di syurgaMu yang tertinggi agar dapat kami menatap wajahMu selama-lamanya wahai Zat Teragung.Amin Ya Rabbal Alamin.

naseebah (asfal awliya') said...

luv u lillah..terharu...

amlierxa said...

i'm gonna miss u n ur si comel biru itu..
haha

naseebah (asfal awliya') said...

sicomel biru..buah hati pengarang jantung..hmmmmmmmmmmmmm...