Tuesday, December 16, 2008

Hanya Hati yang suci bersih di pandang Allah..

Asy Syams 1-10

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  1. وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا Demi matahari dan cahayanya di pagi hari,
  2. وَالْقَمَرِ إِذَا تَلاهَا dan bulan apabila mengiringinya,
  3. وَالنَّهَارِ إِذَا جَلاهَا dan siang apabila menampakkannya,
  4. وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَاهَا dan malam apabila menutupinya,
  5. وَالسَّمَاءِ وَمَا بَنَاهَا dan langit serta pembinaannya,
  6. وَالأرْضِ وَمَا طَحَاهَا dan bumi serta penghamparannya,
  7. وَنَفْسٍ وَمَا سَوَّاهَا dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)
  8. فَأَلْهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan,
  9. قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
  10. وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Setelah membaca surah ini dengan sepenuh perhatian beserta maknanya..terasa urat saraf di kepala otakku seperti bergegar..Cerebrospinal fluid (CSF) mula melaui subarachnoid space di otakku mungkin dgn kelajuan 80km/jam..bergetar arachnoid mater dan pia mater diotak.. cuba menahan air mata..betapa hinanya aku kerana tidak pernah memahami erti penciptaan Maha Pencipta..Salur darah dijantungku mengembang mengecut dgn laju..lebih dari 80 beats per minutes..darah yang mengalir dari semilunar valve ke aorta akupun mcm terseksa...hmmm...nape masih terhijab? sedangkan Allah sudah bersumpah demi matahari dan cahayanya,demi bulan,demi siang,demi malam,demi langit demi bumi, demi jiwa dan penyempurnaanya.. Allah itu Maha Suci..Maha bersih..dan hanya hati yg suci dan bersih yang layak utk menarik perhatian Allah..dan beruntung orang yg suci dan bersih hatinya..aku..kamu..dan dia???bagaimana?

Ucapan kesucian bagi nama Allah, Tuhan sarwa sekalian alam, itulah yang disebut tasbih. Dia diungkapkan di dalam salah satu zikir, yaitu Subhanallah!

Langit dan bumi pun mengucapkan kesucian bagi Allah. Dan itu dapat kita rasakan apabila kita tegak dengan sedar ke tengah-tengah alam yang di keliling kita ini. Siapa menjadikan ini semua dan siapa yang mengaturnya.. kenapa kita tidak dapat menerima setiap aturan yg ditetapkan Allah..andai kita mengaku beriman..andai hati ini bersih dan suci..kita harus akur..jadi insan yg redha dgn setiap penetapan..tangan yg menulis..mata ini lebih dekat utk melihat apa yg ditulis..

Didalam hidup kita sebagai manusia..setiap dari kita punya modal utama dalam diri untuk membawa kita kepada kesucian hati..

3 modal yang ada pada manusia

Modal

Intelligence

Fuction

Material(kebendaan)

IQ

What do I think?

Social(kemasyarakatan)

EQ

What do I feel?

Spiritual( Sahsiah)/agama

SQ

Who am i?

Bertanya itu mudah…..Jawapannya susah…

Adakah modal itu kita gunakan sebaiknya??adakah kita berjaya membersihkan hati..

"Ya Allah! Hiasilah diriku dgn penutup & kesucian. Tutuplah diriku dgn pakaian Qana'ah & kerelaan. Tempatkan aku di atas jln ini..tetapkanlah hati ini di jalanMU.."
Semoga perkongsian ini membuka hati setiap dari kita untuk mencari..apa yang selalu kita lakukan yang pernah menyakiti hati orang lain,makhluk lain atau apa sahaja yang mungkin kita tidak pernah sedar..yang mampu buatkan hati kita buta dalam menilai sesuatu yang ditakdirkan Allah..

1 comment:

lillah said...

uit.. bru tringat aritu janji nak bg akk lagu demi matahari tu kan.. tp x dpt la.. x ley nak send. punyala lama nak upload.. skrg dah hilg sbb aritu kne virus..

em.. akk donlod la kat intenet eh..

hehe.. :p

as usual.. em.. nak mencapap kat blog akak nih..tp bukan nak nyakat akk mcm biasa.. kali ni nak skema skit.. ehem3.. hehe :p

teori kecerdasan
Rujukan : http://anakkusoleh.blogspot.com/2008/08/teori-kecerdasan-pelbagai.html

Saya membelek-belek buku Mendidik Anak Genius karangan Hamidah SUlaiman & Farah Dina Yusof. Terjumpa satu topik yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu TEORI KECERDASAN PELBAGAI.
Salah satu kajian yang memberi impak besar terhadap pemahaman berkaitan kecerdasan ini adalah kajian yang dijalankan oleh seorang professor di Harvard Universiti dan pengasas kepada Project Zero, iaitu Howard Gardner.

Gardner mempersoalkan penggunaan ujian IQ(intelligent Quoatinent) yang sering digunakan sebagai kayu ukur kecerdasan seseorang. Ujian IQ adalah satu ujian yang dibangunkan oleh seorang psikologis bernama Afred Binet di Paris.

Dalam kajiannya, beliau mendapati ujian IQ sedia ada hanya mengukur 2 kemahiran atau kecerdasan sahaja, iaitu kemahiran bahasa dan kebolehan matematik seseorang daripada pelbagai jenis kecerdasan lain.

Atas dasar ini, Gardner tidak bersetuju dengan keghairahan sekolah-sekolah di US yang menggunakan skor ujian IQ bagi mengukur percapaian akademik para pelajar, malah skor ini juga digunakan bagi memandu pelajar dalam membuat pemilihan kerjaya masa depan.Kajian Gardner berjaya membuktikan terdapat pelbagai kecerdasan lain yang patut diambil kira sebelum menyatakan seseorang itu cerdas ataupun bijak.

Gardner sudah mengenalpasti 8 jenis kecerdasan manusia (Chapman, 1993), iaitu:

1)Kecerdasan 1: Verbal/LinguistikKecerdasan ini berkait rapat dengan kemahiran penggunaan bahasa. Seseorang yang cerdas verbal kebiasaannya mahir membaca, menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara yang berkesan.

2)Kecerdasan 2: Logikal/MatematikKecerdasan ini melibatkan kemahiran menaakul, mengira, berfikir secara logic dan memproses sesuatu maklumat yang diterima.

3)Kecerdasan 3: Visual/Spatial (ruang)Kecerdasan ini melibatkan keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah.

4)Kecerdasan 4 : Pergerakan Badan/KinestetikKecerdasan ini melibatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah menggunakan pergerakan badan.

5)Kecerdasan 5: Muzikal/RimaKecerdasan ini melibatkan keupayaan mencipta muzik ataupun rentak tertentu, berupaya memahaminya, menterjemahkannya dan menghargainya.

6)Kecerdasan 6: InterpersonalKecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami emosi, perasaan, ciri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan mereka.

7)Kecerdasan 7:IntrapersonalKecerdasan ini melibatkan keupayaan memahami diri sendiri dan menggunakan pengetahuan itu bagi meningkatkan potensi diri sepanjang hayat.

8)Kecerdasan 8:NaturalisKecerdasan ini melibatkan keupayaan memerhati, memahami dan menghargai alam sekitar.
Sebagai ibupa, anda boleh menggunakan pengetahuan mengenai pelbagai kecerdasan ini bagi membantu meningkatkan potensi anak anda ke tahap maksima.

Penutup

Ujian IQ merupakan salah satu teknik untuk mengukur IQ seseorang. Namun, sebagai seorang muslim kayu ukur kita adalah tidak sama dengan kayu ukur yang tidak beriman dengan Allah SWT. Dalam aspek 8 kecerdasan di atas, ISLAM terlebih dahulu meletakkan kecerdasan seseorang iaitu meyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebagai TUHAN YANG MAHA ESA. Walaupun bijak dan setinggi manapun ILMU seseorang, tetapi dia tidak MENGENAL ALLAH SWT maka dia tetap gagal

hahaha.. akak, best la lillah melepak kat umah (blog) akak ni.. selesa nyer..hehe