Tuesday, October 21, 2008

Dari Kamu Tu Baby Sampei Kamu Yg Skarang..

Istilah2 Embriologi Di dalam AlQuran Dan AlHadis

Subhanallah Maha Suci Allah Pentadbir Sekalian Alam Pemilik Segala Zat Maha Pencipta.. Itulah yg terbit saat2 sy membaca buku Perkembangan Manusia Menurut Alquran dan Hadis oleh Dr.Mohamed Ali Albar yg diterjemahkan oleh Prof.Madya Dr.Rusli Bin Haji Nordin... Sungguh terasa kecilnya diri disaat kita diciptakan..begitu lemah dan hanya menurut perintah Allah yg dibawa oleh satu per satu Malaikat yg mengelilingi setiap urutan kejadian Manusia....

Dari saat "Nutfah" (setitik bendalir) dari seorang ibu dan ayah yg kemudian membentuk "Nutfatul Amsyaj" (nutfah yg bercampur) lalu menjadi Alaqah (sesuatu yg bergantung dan melekat) dimana Allah letakkan ia ditempat yg sesuai di mata Allah iaitu Rahim,walaupun sesetengah ahli sains menyebutnya uterus..RAHIM adalah perkataan yg paling sempurna utk disebut kerana itu adalah tempat implantasi embrio..terlekatnya Nutfatul Amsyaj tadi..yg menjadi tempat tumpahnya kasih sayang seorang ibu..berkongsi darah..berkongsi nyawa.. berkongsi setiap detik dgn zuriat di dalam rahimnya..Kemuliaan seorang ibu..

Kemudian Allah menggunakan Kebesarannya dlm membesarkan setiap sel dlm Alaqah tadi membentuk Mudghah (seketul daging yang telah dikunyah),itu adalah gambaran yg disebut dlm Alquran dimana terdapat tanda2 kesan gigi diatas mudghah..Dari segi sains tahap ini disebut tahap somit..Mudghah juga terbahagi kepada dua fasa iaitu 1.)Mudghah Mukholaga dan 2.)Mudghah tak Mukholago..Pentafsiran menyebut pada fasa 1 berlakunya pembentukan organ2..dan pada fasa 2 berlakunya pembezaan2 shg akhir hayat..

Akhir sekali berlakunya pembentukan tulang dan daging daripada mudghah..dimana Allah menyebut ia ditukar menjadi tulang belulang kemudian diselaputi oleh daging (otot-otot).. Benarlah ayat Allah dapat kita saksikan dlm embriologi moden mudghah ini membeza.. sklerotom menghasilkan sistem tulang belulang..dan miotom menghasilkan sistem otot..

Kalau nak ditulis setiap inci buku ni..rasanya baik semua pegi belija buku ni..huhu..penerangan utk setiap gambarkan dibuat..tp nantila ye..x sempat..nak sambung mark paper student plak.. tp tengokla gambarnye..dr mula sampai akhir..at last wujudnya manusia yg mjadi juara pertandingan dlm rahim ibu..bernama KITA...ok..Chow.. semoga mendapat manfaat utk perkongsian ni..dan dpt menginsafi diri..huhu..

harini nak letak video..tp uploading die lambat..so xyahlaa..malas nk tunggu..cari sendirik ye.. hehehehe

k..sambung wat keje sendiri...daa..

2 comments:

Cik Puan Mira said...

nice!
cikgu cbah tuh sambung wat keje ker??
huhu

naseebah (asfal awliya') said...

hehehehe...