Tuesday, October 28, 2008

terfikir..bila terbaca..betulkan??

Jika kau datang dan aku tak ada, carilah aku di mana kau tinggalkan aku, aku ada di situ. Sentiasa...

Perasaan yang terkurung dalam hati mudah dikawal. Jika sudah terluah aduh... perasaan itu jadi tumpah dengan deraian-deraian air mata. Sampai bila? Aku kira sampai ada hati lain yang akan menakungnya.

Alangkah baiknya jika lelaki melihat wanita yang lebih daripadanya sebagai isterinya, ibu kepada anak-anaknya. Dia akan menjadi bangga. Alangkah baiknya jika wanita melihat suami sebagai sahabatnya yang paling akrab dan penentu syurganya, tentu dia akan bersikap hormat dan penyantun sekalipun lelaki itu tidak lebih berkelulusan daripadanya..

Untuk apa dan untuk siapa sebenarnya kita berbuat sesuatu? Jika kita berhajat benar hendak 'menarik perhatian' yang selain Allah, syukurlah jika Allah gagalkan usaha itu tepat pada pangkalnya. Bimbang jika diberikan-Nya kejayaan kita akan semakin jauh tersesat dalam rimba rasa manusia. Terima kasih ya Allah, kerana memberikan aku pelajaran dengan 'ketukan' yang tepat pada 'tempat sakitnya'.

Kita bicara tentang ukhwah, tentang ikatan hati dan tentang kebersamaan. Sayang kita masih terlalu retorik. Ukhwah diikat dengan kesamaan aqidah. Tahap terendah 'salamatus sadri' atau berlapang dada dan tertinggi itu 'ithar' yakni mendahulukan saudara. Mengapa kita tidak bahagia apabila saudara kita mendapat kebahagiaan? Mengapa kita terkilan apabila saudara kita mendapat apa yang kita cita-citakan untuk diri sendiri? Mengapa kita tidak seperti seorang perempuan Pakistan yang terjumpa di masjid sebelum lebaran namun sepicing pun dia tidak sedih kerana baginya bumi yang ada orang Islam itu tanahnya dan setiap orang Islam itu saudaranya!

Kerap kali kita memohon maaf dan berharap benar agar segala kesalahan kita dimaafkan dan dilupakan sehingga kita seperti tidak pernah melakukan apa-apa yang salah pada orang lain. Namun cabaran letaknya bukan pada memohon maaf tetapi pada memberikannya. Benarlah firman Allah bahawa sebaik-baik infaq ialah maaf. Pesan Allah maafkan dan lupakan! Apakah kamu tidak suka mendapat keampunan daripada-Ku? Betapa mahal maaf sehingga Allah menawarkan keampunan sebagai ganjaran.

Ujian tidak datang ketika sayang tetapi ketika marah. Ujian tidak datang ketika kaya tetapi ketika tidak ada. Ujian tidak datang ketika senang tetapi ketika susah..


Jika masa boleh diputar, adakah aku akan mengubah apa-apa. Tidak... kerana jika aku mengubah sesuatu aku tidak akan menjadi aku dan perasaan ini juga akan berbeza dan aku tidak mahu perasaan aku berubah.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, jangan hidup untuk mengambil sebanyak-banyaknya." Laskar Pelangi, Andrea Hirata (5*)

thanx to
http://hamimanhamima.blogspot.com/

No comments: