Monday, November 16, 2009

Aku Dah Tak Tahan??Aku Tak Nak....?

Bismillahirrahamanirrahim…..

Antara perkara yang menerangkan jiwa manusia dan mendorongnya untuk menyumbang serta berkorban ialah mengetahui bahawa sesungguhnya apa yang ia lakukan itu tidak akan lenyap, bahkan mendapat ihsan dan ganjaran besar serta anugerah yang sangat bernilai di sisi Allah. Allah swt berfirman:

…dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikanya; dan dia jualah sebaik2 Pemberi rezeki. (Surah Al-Saba': ayat 39)

Allah swt berfirman:

… yang demikian kerana sesungguhnya (tiap2 kali) mereka merasai dahaga, dan merasa penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangn) pada jalan Allah; dan (tiap2 kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang2 kafir; dan juga (tiap2 kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh – melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) `amal yg salih. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala org2 yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil, atau yang besar; dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkn ditulis pahala bg mereka, supaya Allah membalas dengan balasan yg lebih baik dari apa yg mereka telah kerjakan.

(surah at-taubah: ayat 120-121)

Setiap apa yg dirasai oleh seseorang individu yang meliputi kelaparan, dahaga, kesakitan , kepenatan, setiap derap langkah yang dijejakinya semata2 kerana dakwah, yang menjadi kemarahan org kafir & para thagut, setiap apa jua yang memberi saham demi untuk demi utk membantu Islam, sama ada banyak mahupun sedikit, kecil mahupun besar, Allah akan tetap akan memelihara bagi hambaNya, Allah tidak akan melenyapkannya dan diganjari dengan kebaikan sepuluh kali ganda seumpamanya sehingga tujuh ratus kali ganda banyaknya.

Tahniah bg mereka yg menghulurkan sumbgn dan pengorbanan yg rabbani ini. Tahniah ke atas mereka dgn kebahagian rohani yg mereka rasai dan kemuliaan serta penghormatan yang menanti mereka…
Wallahualam…

Dipetik daripada: buku risalah taalim

Lambang Daie???-oleh: Siti Hazneza

Matahari???

Matahari dijadikan oleh Allah sebagai pusat galaksi bimasakti dan dikelilingi oleh 9 planet atas orbit masing-masing. Sebagai seorang daie kita juga dilihat sebagai titik rujukan orang lain terutamanya dalam hal hal agama. Oleh sebab agama itu seluruh kehidupan maka kita mesti menjadikan diri kita contoh kepada orang lain dalam setiap perkara yang baik.

Ketika Allah berkata kepada bulan,bintang,matahari,langit dan bumi supaya menyembahNya samada secara sukarela atau paksa, semuanya berserah diri kepada Allah secara sukarela. Kita juga patut menyembah Allah secara sukarela atau paksa, semuanya berserah diri kepada Allah secara sukarela sebagai hamba yang merdeka. Dengan itu amal kita tidak didorong oleh perasaan takut atau mengharapkan balasan tetapi semata-mata kerana kecintaan kepada Allah,keinginan untuk menyenangkan Allah seterusnya meraih keredhaanNya.

Kita sering berdoa agar Allah menerangkan hati kita dengan cahaya hidayahNya seperti Dia menerangkan bumi dengan cahaya matahriNya selama-lamanya. Matahari selalu menerangi, tidak berganjak ndari tempatnya, dan sentiasa ada sehingga ke akhir masa, semoga kita juga menjadi cahaya kepada orang lain, tetap istiqamah atas jalanNya dan bertahan sehingga titisan darah yang terakhir.

No comments: