Sunday, November 8, 2009

Apesal sensitif tibe2??

~Semalam ade org tanya "apesal sensitif tibe2?" Selama die kenal aku,aku xsensitifpun..huhu..ntahla..napela bende kecik camtu aku terasa hati..kalo isu umat xpe gak..huhu..ni xde isu ape2pun..n org tu jawab die tahu sebab pe sensitif..sebab dah kena jampi..sekeh kang baru tahu..~

Awal-awal pagi ni plak aku dah rasa lain macam. Macam sedih sangat-sangat… kenapa ye. Tak kan la sebab tak cukup tidur pun aku nak sedih.tak kan pasal sensitif semalam tu??Kalo pasal tido, Dah selalu sangat aku tak cukup tidur, tak sedih pun…Mungkin sbb xsihat?mungkinkah? selesema n batuk membuat aku sukar bernafas..3 hari tidur dlm keadaan duduk..sakitnya badan ni...mungkinla..

Rasanya semuanya bermula semalam. Aku tak nak cerita panjang-panjang. Apa yang aku tahu, cukuplah aku seorang yang tahu. Kalau dulu pun, aku dah banyak tahu tapi aku sengaja tak nak ambik tahu.. tapi lama-lama perkara tu jadi duri pula dalam hati aku. Biasalah manusia, di mana berada, siapa pun dia… perasaan tetap ada. Sedih, suka, derita, bahagia. Terpulang pada kita untuk mencoraknya… Apa pun, bahagian nak mencorakkan diri sendiri tu, aku amat jarang berjaya untuk berubah seratus peratus. Aku masih lagi di takuk lama… rasanya… sejak dari dulu. Kalau aku dahulunya sensitif, aku masih lagi sensitif sekarang ni. Kalau dahulu aku tegas, aku masih lagi begitu. Perlukah aku berubah? Menjadi manusia yang tidak sensitif dan goyah dalam pendirian? Aku rasa tak wajar begitu.. Aku nak jadi diri aku dan aku harap orang lain dapat terima aku seadanya… Aku tahu, aku tak mungkin bertukar menjadi orang lain dan tak ada sesiapa pun yang mahu menjadi aku. Yang penting, aku mahukan perubahan yang positif dalam diri aku dan dalam diri semua insan di sekeliling aku. Aku dah bosan memendam perasaan sendiri. Aku dah bosan menjadi kain pelapik kaki orang lain.

Pertikaian? Aku tak nafikan, banyak perkara yang aku pertikaikan… kerana yang menimbulkan pertikaian itu dari kalangan manusia sendiri… yang dijadikan ALLAH sentiasa merasa diri serba cukup. Dan aku yang sering berkeluh-kesah ini, juga adalah ciptaanNya. Adakalanya yang merasakan diri serba cukup adalah aku dan yang orang lain pula yang berkeluh-kesah dengan sikap aku. Pi mai, pi mai.. perkara itu seperti menjadi satu putaran yang kekal.

Semuanya berpunca dari hati… dari hati yang menjadi pemisah antara kebenaran dan tipu daya. Aku selalu ditunjukkan jalan ke arah kebenaran, tapi ke mana pula aku menghalakan diri? Semoga ALLAH mengampuni aku.


-Bagaimana aqidah aku hari ini? Masihkah di atas fitrahNya?-

kalo dulu aku cakap aku rasa aku ni dh macam Si Benz Sarcastic..harini aku setuju..aku mmg dh macam tu..~Naseebah sarcastic..hehehe...Dan mungkin bila angin dingin menyapaku, aku akan terbang dan pergi jauh…

3 comments:

Anonymous said...

knp ni???
cm ada prob je??

naseebah (asfal awliya') said...

hahaha..xadala..saja ja..

Noorhasmira said...

u pasepa? rindu sgt kat i ka?
hehe